5/Korea/slider1

Pinterest

Bahan Aktif Dalam Produk Kesihatan | Tips Skin Care |


Vitamin C/ Vitamin B/ Vitamin A??
AHA/BHA??

Retinol??

Hyaluronic Acid??


Mungkin bahan bahan diatas ini korang pernah dengar bukan. Bahan aktif ini ada di dalam skin care produk korang sebenarnya yang memberikan hasil. Tetapi kesannya bukanlah dalam jangka masa yang sangat cepat. Bersabar. Baca seterusnya untuk mengetahui berapa lama masa yang diperlukan untuk bahan-bahan aktif tersebut berfungsi. 

Terdapat pelbagai sebab kenapa produk yang korang guna tak memberikan hasil yang sempurna even korang pakai mengikut instruction yang diberikan. Tapi kalau masih belum ada hasil korang jangan lah buang terus produk tu. Ada sebab sebab lain yang mungkin tidak betul sepanjang tempoh pemakaian. 

Antaranya mungkin dari segi diet pemakanan, salah guna produk, kurang perlindungan matahari atau rutin pemakaian yang tidak produktif. Kata pakar, si pemakai mungkin tidak memberikan masa yang cukup untuk produk menghasilkan magic nya. Boleh jadi bahan-bahan aktif ini tidak berupaya untuk memberikan kesan magic nya kepada si pemakai.

'Bahan-bahan aktif ini perlu digunakan secara konsisten selama dua atau tiga bulan untuk melihat kesan yang diinginkan. Ini kerana kadar pusingan ganti sel kulit boleh melebihi 60 hari. Pembentukan serat kolagen boleh mengambil masa lebih lama" kata Dr Hadley King, ahli dermatologi NYC.

Antara tempoh bahan-bahan aktif yang diperlukan menurut kata pakar...

Retinol (vit A)

Digunakan untuk merawat dan mencegah garis-garis halus, kedutan dan jerawat. Biasanya mengambil masa 3 hingga 6 bulan secara konsisten.

Alpa Hydoxy Acids (AHAs)

Kesan serta merta kata pakar. Jika untuk memudarkan hiperpigmentasi atau mengurangkan garis halus, kesannya perlu menunggu lebih lama dalam masa 1 hingga 2 bulan. Kata pakar dermatologi Dr Zeichner "Dalam tempoh 2 hingga 6 bulan kolagen baru dan keanjalan akan kelihatan lebih mantap dan garis halus dan kedutan akan berkurangan". 

Beta Hydroxy Acids (BHAs)

Jika anda menggunakan salicylic acid untuk blackhead dan jerawat, ianya hanya akan mengambil masa lebih seminggu kesannya untuk yang lebih jelas. 

Vitamin C

Kulit akan lebih cerah keseluruhan dalam masa 2 hingga 4 minggu dengan penggunaan yang bagus dan konsisten. Untuk hiperpigmentasi kesannya sama seperti tempoh penggunaan AHAs.

Hyaluronic Acid

Dr Zeichner berkata produk yang mengandungi bahan aktif ini memberi kesan yang segera kepada kulit. Jika kulit kering, kelembapan akan bertambah dalam masa sejam.


Jadi korang rasa produk mana yang sesuai dengan kulit korang? Harap korang dah jelas dan faham tentang bahan-bahan aktif ni. Tak semua bahan akan beri kesan serta merta. Just chill okay babe.^_^

10 comments

  1. Kena pilih betul betul produk mana yamg sesuai mgan kulit kita. Silap pilih buruk padahnya. Jangan main beli jer kan .. kena tahu apa yang kita blh dan tak blh. Tq sharing.

    ReplyDelete
  2. Alkisah ... baru tahu . Tq info dan lepas ni boleh la tengok mana yang kurang untuk kulit muka ni. Makin meningkat umur, makin dan banyak kekurangan..huhuhu

    ReplyDelete
  3. Good post! Very informative. Byk benda dpt blajar tang skin care. Thank you for sharing it.

    ReplyDelete
  4. Wahhhh.. info yang sangat bagus ni.. baru tau. Thanks sharing. Sangat² berguna untuk saya..

    ReplyDelete
  5. terima kasih share. info yang sangat berguna untuk mereka yang diluar sana. barulah tahu tempoh dan kesan2nya :)

    ReplyDelete
  6. Itu penting kena didik orang kita untuk membaca lebel kepad produk kecantikan bukan tengok pada iklan sahaja hehehehe tapi bagus tip ini sangat membantu lah untuk mereka yang suka guna produk yang tidak terjamin ni...

    ReplyDelete
  7. Pening kadang nak beli dan pilih produk muka ni, sebab tu Sis setia pakai yang satu je kalau dah serasi, sebab makin beli yang moden, makin macam-macam kandungannya kan..dah le kita ni xpandai nak baca sangat benda alah tu hahahaha

    ReplyDelete
  8. Ya kadang2 bila nampak tak berkesan kita elak gunakannya tanpa memikirkan kesannya lambat jadi terus buang.

    ReplyDelete
  9. Semua bahan i perlukan utk muka i tapi kena pakai berasingan lah sbb certain chemical tak leh mix together. So kena selang seli

    ReplyDelete
  10. Alamak..
    Tak pernah selidik benda ni semua.
    Yang tahu, muka ni kalau pakai sesuatu produk lambat respon.
    Kadang cpat..

    ReplyDelete