Tae Oh hantar welcome welcome kad dekat rumah SunWoo-The World of the Married-

Tuesday, April 21, 2020 South Korea


Review ep 7&8




Dah tengok belum ep minggu lepas? Geram betul aku bila kawan sekerja si Sun Woo tu talam dua muka, rasa nak pijak pijak. Cari lah pelakon yang helok sikit ke kan, ee geram betul. Dasar makcik bawang, sibuk nak tahu hal peribadi orang. Engko tu yang ya nya nak posisi kerja si Sun Woo tu kan, sebab tu ko beria nak jatuhkan kawan ko tu depan bini boss ko. Nasib baik lah spy SunWoo kerja dekat spa tu, boleh dia sampaikan dekat SunWoo.




Aku tak sabar nak tunggu apa perjanjian yang SunWoo buat dengan bapak Da Kyung tu, ini mesti ada kaitan dengan Tae Oh. Hairan juga tiba tiba berjaya semacam Tae Oh ni lepas dua tahun bercerai. Boleh pulak nak welcome welcome hantar kad dekat anak laki dia, menyemak! Ni mesti kes saja nak cari pasal dengan SunWoo. Ko ingat dia heran sangat ke nak pergi kenduri ko tu, hek eleh. Entah berjaya pun pakai duit bapak mertua, mana ada orang lain dah jadi investor ko lepas kes ko curang tu. Dasar taik betul.

Bini baru punya bilik tidur pun nak design sama macam rumah bini lama. Bukan bilik tidur je, perfume, pakaian, lagu pun sibuk nak guna yang sama. Amende meroyan sangat ko ni Tae Oh. Dah cerai tu sudah lah.

Yang anak dia ni pun satu hal, dasar bengap juga. Mak ko tu busy cari duit lah nak senangkan ko satu family, itu pun tak boleh nak fikir ke. Bapak ko tu curang ko tahu tak? Dah tu sibukkkkk nak menangkan juga bapak ko tu. Memang lah dia ada masa dengan ko, dah bukan dia yang cari duit bengong. Mak ko bawak kereta dah ko sibuk nak rampas telefon amende. SAKAI!

Paling aku geram sekali dia tipu mak dia kononnya pergi rumah kawan, padahal terhegeh-hegeh datang kenduri bapak dia tu. Eeee nasib baik lah Dr Kim ada dengan mak dia masa tu. Aku syak Dr.Kim tu minat SunWoo lah, dah lah baik. Kalau dia tak datang selamatkan SunWoo malam tu aku rasa mati dah SunWoo ni. Bapak dia memang saja je nak hantar anak dia balik, padahal SunWoo bagi je anak dia bermalam dekat rumah dia. Ahh kelam kabut ahh Tae Oh ni. 

Aku rasa aku nak taip lain tapi macam bercerita penuh emosi je ni. Duhh. Aku pulak yang tak sabar nak tunggu episod minggu depan ni. Chiao>>

Ep 7 : https://www2.dramacool.movie/the-world-of-the-married-episode-7.html

Ep 8 : https://www2.dramacool.movie/the-world-of-the-married-episode-8.html

Post a Comment

Latest Instagrams

© Fana Halim. Design by FCD.