5/Korea/slider1

Pinterest

Susah lelap mata dan kerap bangun tidur malam wajib baca ni.

Salam, hi guys..



Aku rasa waktu tidur aku memang dah fix pukul 9 malam, tapi aku tahan mata sebab main telefon. Lepastu atas jam 11 malam aku dah susah nak lelapkan mata sampai lah jam 2 pagi. 

Aku kerap rasa mengantuk jam 9 malam ke atas, kadang-kadang tengah maghrib isyak tu pun boleh mengantuk. Tapi disebabkan aku hold mengantuk tu, aku jadi laaaaagi susah nak lelap. Aku ada insomnia ke ni??

Lebih kurang 10 hingga 15 peratus orang dewasa mengalami Insomnia. Jadi apabila semakin meningkat usia, lagi ramailah yang ada Insomnia ni sebenarnya. Okay faham dah, aku ingatkan sebab lain fuhhh.


Menurut Pakar Neurologi, Hospital Gleneagles Pulau Pinang, Dr. Sathindren Santhirathelagan, masih ramai rakyat di Malaysia mengalami kesukaran untuk tidur malam atau insomnia.

Tidur cukup dan berkualiti adalah sangat penting untuk memastikan kita dapat rehat cukup. Umumnya orang dewasa memerlukan 6 hingga 8 jam tidur setiap malam. Kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang. Manakala golongan warga emas memerlukan masa yang lebih pendek di antara 4 hingga 5 jam sehari.

Gangguan tidur merujuk kepada gangguan pada corak tidur. *Ohh patut lah. Tapi aku tak pernah ambil sebarang pil tidur untuk menyelesaikan masalah ni. Aku tetap cuba sampai aku terlelap sendiri. Cuma kalau tak boleh sangat tu, perlu lah ambil pil tidur ni dan jangan lupa dapatkan nasihat doktor.


Insomnia itu apa?

Insomnia adalah satu keadaan di mana individu yang tidak mendapat tidur yang cukup untuk dirinya samada dari segi kualiti atau kuantiti. Justeru individu tersebut mendapati aktiviti seharian mula terganggu dan tidak dapat berfungsi pada tahap sewajarnya. Individu tersebut mendapati samada dia tidak boleh melelapkan mata atau bangun terlalu awal atau kerap bangun di waktu tidur dan tidak dapat lelap semula.


Cara nak kenali tahap tidur

Proses tidur adalah agak kompleks dan terdiri dari beberapa tahap tetapi secara umumnya dibahagikan kepada beberapa tahap iaitu ;

Tahap 1 - Mengantuk

Tahap 2 - Mula lelap mata (bermimpi)

Tahap 3 - REM sleep - bermimpi berterusan dan pada waktu ini berlaku pergerakan mata (Rapid Eye Movement)

Tahap 4 - Non REM, umpama tidur mati, badan lumpuh, jantung dan pernafasan perlahan. Ini adalah tidur sempurna di mana badan rehat sepenuhnya dan otak dicergaskan dengan pembentukan neurotransmitter baru - seumpama stock taking penggantian. 

Proses ini berulang antara 4 hingga 6 kali semalam.

Jadi jika anda mengalami Insomnia ini adalah langkah / cara mengubatinya :



Pertama sekali siasat dulu puncanya.
Sleep hygiene  iaitu pastikan bilik nyaman dan selesa. Tiada gangguan tv, komputer / telefon
Minum susu suam / chamomile tea sebelum tidur.
Elakkan merokok / minuman keras.
Banyakkan senaman dan aktiviti sihat.
Elakkan menonton cerita seram / menggerunkan sebelum tidur.
Amalkan membaca buku sebelum tidur.
Berjumpa dengan doktor pakar untuk khidmat nasihat.



**Jadi kalau korang ada masalah Insomnia ni, korang boleh ikut tips-tips yang aku bagi ni. Ada setengah orang Insomnia ni boleh hilang dengan sendirinya dan ada yang kerap berulang. Semuanya bergantung kepada lifestyle individu tersebut.

sumber: Insomnia




No comments