5/Korea/slider1

Pinterest

Spoiler skrip Ending 'Hi Bye, Mama' dah bocor di serata media sosial.

Welcome back to my entry^_^... 


Hi Bye, Mama minggu depan dah nak habis dah. Cerita yang sangat sedih. Cerita ni mendapat perhatian ramai disebabkan kemunculan Kim TaeHee kembali berlakon selepas 5 tahun berehat. 




Drama ini mengisahkan tentang seorang isteri yang terpisah dengan keluarganya akibat satu kemalangan jalan raya. Sepanjang 5 tahun dia meniggal rohnya sentiasa berada disamping suami dan anaknya di dunia.

Drama ini akan melabuhkan tirainya pada 19 April ini. Daripada respon penonton, perkembangan plotnya terlampau dramatik membuatkan ramai yang pening dan berhenti menontonnya. 



Watak Kim TaeHee merupakan satu karakter yang disayangi penonton dan ramai mahukan wanita itu kembali semula sebagai manusia selepas 49 hari selepas melihat kesengsaraannya. Cho GangWha yang membawa watak suami yang sangat kasihan itu turut menyentuh hati penonton.

Sinopsis Hi Bye Mama DI SINI

"Hi Bye, Mama" pada awalnya memberi fokus kepada kisah Cha YuRi yang cuba mendapatkan kembali tempat di samping keluarganya kini seperti hilang arah. Jelmaan roh itu tiba-tiba berusaha untuk mendesak suaminya supaya berbaik dengan isteri barunya Oh MinJung. 




Drama ini sepertinya mengenepikan Cha YuRi sebagai watak utama dan memberikan 'spotlight' kepada Oh MinJung yang sepatutnya watak sampingan sahaja.

Lagi mengejutkan apabila tiba-tiba 'spoiler' mengenai kesudahan drama "Hi Bye, Mama" ini telah disebarkan di merata laman komuniti.




Seorang individu yang kononnya mengaku krew produksi untuk drama tersebut mendedahkan bahawa Cho GangWha memilih untuk bersama dengan Oh MinJung dan Cha YuRi kembali semula ke dunia lain sebagai roh.

Jangan lupa saksikan episod akhir pada 18 April nanti di sini!!


sumber: newsen

No comments