'Low self-confidence'-skincare routine ajaib..

Sunday, April 5, 2020 South Korea

Lumrah perempuan suka kan kecantikan.

Tak nak cantik? Bohong lah *rolling eyes
Siapa tak nak cantik kan.

Macam aku kisahnya..

*****
Semenjak sekolah menengah pernah curi curi pakai krim muka kakak aku. Masa dulu Fair&Lovely lah yang paling famous. Nak beli sendiri macam tak reti kan. Baru lagi masa tu nak masuk sekolah menengah.

Lepas tu muka naik naik jerawat dah (siapa suruh curi-curi pakai). Daripada bersih suci murni dah tak comey. Aku menyesal juga sebab gatal tangan nak pakai produk dekat muka. Dulu-dulu mana nak reti lagi double cleansing, vit C, hyaluronic acid bagai tu. Kalau nak sembang pasal kalau, dah comey dah kulit aku dari dulu...^_^

Dulu macam macam produk aku cuba dari murah ke mahal. Haupp haupp. All of these products makes my skin dull and acne prone. Teruk sangat sangat. Bertahun nak hilang. Self confidence pun kelaut. 

Past 2 years ago..

***
Terfikir nak kenal dengan lebih rapat jenis kulit sendiri. Even tubuh badan sendiri tapi masih tak kenal lebih mendalam. From that time I learned about double cleansing, toner, serum. Start aku duduk Korea ni lah aku didedahkan dengan macam macam skincare routine am to pm yang aku baca.

How ? Semuanya terlintas masa aku tengah online instagram.
Bila dah baca satu chapter aku nak gali dan gali dan gali lagi.

The Klog |Skin care tips & K-beauty reviews| KLIK SINI>>>

Antara product yang aku mula mula consume of course KLAIRS. The best skincare in Korea. Kita nak choose product kenalah tengok reviews dulu. If the reviewers say you must try thats mean YOU MUST TRY IT!!

KLAIRS bukan saja terjual di Korea. Produk ni dah international dah. Kalau di Malaysia aku rajin beli di aplikasi HERMO. **grab kalau ada sale. Harga belakang cerita sebab nak comey kan. Normally this product takes a long time to finish. Sometimes 3 months above. Of course lah jimat expenses skincare dekat situ.

Produk ; KLAIRS..

****
Before I buy it, i’ll make sure what my skin needs. Kenal pasti dulu lah. Jangan main taram supaya tak buang duit korang tu. Macam aku combination skin which is oily and dry. How? GOOGLE JE SENANG CERITA. Dekat Korea sangat famous 10 steps skincare routine. Antara 10 tu aku ikut mana yang dan jelah.

First aku repair balik cara aku cuci muka. Base ni beb, mantapkan base dulu! Untuk percubaan aku buat double cleansing. Benda ni depends on your skin. Macam aku acne prone harus lah. Bila base cantik up sikit beli toner. Toner/essence dan aku memilih toner. Essence keperluan dan bukan kepentingan. After toner aku try serum. Umur 20 lebih ni serum must have. Make sure you buy a serum that matches with your skin. Like me un-suitable with green tea. IDK WHYYYY.. Allergy maybe sebab dia jadi gatal dan merah merah.








After serum upgrade buy the vitamin C. Vitamin  C serum. Kalau perasan lah botol dia kecil 30ml dan kebawah. Just pakai sikitttttttt je. ***WARNING: MAKE SURE APPLY SUNSCREEN AFTER VITAMIN C!! Kenapa?? Nak diceritanya tak reti sangat takut tersebut nama kereta. Ask GOOGLE...




Basically, skincare routine aku ini jelah. Kalau yang scrub, mask dan eye serum itu bergantung pada kerajinan di hujung minggu. Tapi untuk yang basic,,, double cleansing, toner, serum, vitamin C, moisturizer dan sunscreen ini jangan missed. Malam malam toksah lah ber-sunscreen siang saja perlu.


Klairs Soft Airy UV Essence SPF 50+ PA ++++ (80ml) | Shopee ...

****Perlu ke pakai hari hari sunscreen?
For me yes. Why? Supaya kulit tak kusam dan anti penuaan. Sampai sekarang aku tak pernah missed pakai sunscreen supaya epidermis kulit aku terjaga dan dilindungi dari sinaran UV bahaya. Kesian kulit kita ni bogel kena panas. Only when you have a knowledge you can apply :P...

Post a Comment

Latest Instagrams

© Fana Halim. Design by FCD.