5/Korea/slider1

Pinterest

Ramadan Kareem-Panduan solat sunat terawih-


Entry hari ini mungkin agak emosional sedikit.

Beberapa hari lagi Ramadhan bakal tiba.
Apakah persedian kita menghadapi kedatangan ramadhan tahun ini?
Ini adalah hikmah.
Hikmah untuk kita umat Islam.

Tak dapat nak gambarkan bagaimana perasaan bila tahun ni, pertama kalinya tiada solat terawih di semua masjid. Ini semua berlaku disebabkan wabak covid-19 yang kian menular di seluruh dunia.

Pastinya ramai yang terkesan dengan perkara yang bakal berlaku ini. Kalau terawih tak dapat dilakukan di masjid, sembahyang raya juga turut tak dapat dilakukan. Sangat sangat sedih bukan? 

Bukan itu saja, bazar ramadhan juga turut dibatalkan. Suasana menyambut puasa tahun ni sangat suram. Sumber pendapatan peniaga bazar ramadhan juga turut terjejas.



Rasulullah SAW bersabda : "Apabila Ramadhan tiba, pintu pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu" (HR Muslim)

Semestinya kita semua tidak sabar menantikan bulan Ramadhan yang bakal disambut cuma beberapa hari je lagi. Namun disebabkan virus covid, banyak negara Islam mengisytiharkan tiada solat terawih di masjid pada bulan Ramadhan tahun ini, termasuklah negara kita Malaysia.

Tetapi janganlah kita patah semangat, berusahalah merebut peluang terbuka dengan melipat gandakan pahala dalam pelbagai bentuk sepanjang bulan Ramadhan ini. Rebut lah peluang yang ada ini untuk solat sunat terawih berjemaah bersama keluarga di rumah.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang melakukan solat malam terawih pada bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan dan keampunan Allah semata-mata, mata diampunkan segala dosa yang lalu. (HR Muslim

Di sini terdapat panduan untuk melakukan solat sunat terawih di rumah. Klik (DI SINI) 

No comments