5/Korea/slider1

Pinterest

Rahsia Korea Selatan mengawal COVID-19

Rahsia Korea Selatan mengawal Covid-19


As you guys know, Korea adalah negara kedua teruk selepas China penghujung Feb lepas. Bilangannya mencecah ribuan individu dalam masa beberapa hari.

Namun negara yang mempunyai jumlah kepadatan penduduk sebanyak 50 juta ini berjaya mengurangkan kes positif dengan berkesan dalam masa sebulan. Sehingga hari ini korea telah menerima 10 000 kes dengan hanya 217 kematian.




Apakah rahsia disebaliknya?? Baca seterusnya>>>

Strategi mengatasi wabak COVID-19 di Korea Selatan.


Walaupun kes positif telah mencecah 500 000 kes, Korea Selatan telah diangkat sebagai negara yang berjaya mengawal penularan wabak virus ini walaupun dianggap sukar.


Berikut adalah pengajaran yang boleh di ambil berdasarkan kejayaan negara Korea Selatan dalam mengahadapi serangan wabak COVID-19..

1-Tidak menunggu sehingga wabak menjadi serius.

Walaupun Korea mempunyai jumlah kes yang sedikit pada awal bulan Feb, mereka telah pun memulakan penghasilan kit untuk menguji status jangkitan sejak terdapat kes positif pertama pada hujung Januari.

Korea mempunyai kapasiti untuk menghasilkan kit saringan sebanyak 100 000 unit sehari.

Daegu penduduknya yang berjumlah 2.5juta telah mengalami penularan wabak COVID dengan cepat. Ianya disebabkan oleh aktiviti di sebuah gereja dan mereka telah mengisytiharkan keadaan kecemasan dengan segera tanpa berlengah.







2-Ujian saringan awal dan canggih atasi COVID-19 di Korea.

Korea merupakan populasi yang paling ramai menjalankan ujian saringan dan ini memudahkan kerja untuk kes positif dikesan dan diisolasikan pada peringkat awal. Kadar ujian yang dilakukan adalah 40 ali ganda lebih tinggi berbanding Amerika Syarikat.

Keupayaan jumlah kit saringan COVID yang membolehkan mereka menjalankan ujian saringan kepada individu tersebut.

Negara pertama yang menerima bantuan kit saringan tersebut adalah Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebanyak 51,000 kit ujian COVID-19.

Pihak berkuasa juga telah membuka 600 pusat ujian saringan bagi mengelakkan operasi hospital dan klinik terganggu. Setiap individu juga mengamalkan konsep jarak sosial dan terdapat juga pusat saringan pandu lalu.

Bangunan yang menenpatkan pejabat, kemudahan awam yang lain dan bagunan hotel juga menggunakan kamera termal bagi mengesan kenaikan suhu badan.

3-Proses pengesanan kontak yang lebih agresif.

Mereka akan mengesan pergerakan pesakit melalui kamera, rekod kad kredit dan data daripada aplikasi sistem kedudukan sejagat (GPS) melalui pemeriksaan kereta dan telefon pintar mereka. Pengesanan kontak yang dijalankan agak agresif.

Tindakan ini berupaya mengasingkan individu yang berpotensi untuk dijangkiti supaya penularan wabak dapat dielakkan. Rakyat juga perlu patuh kepada langkah yang disarankan oleh pihak berkuasa.

Selain amalan jarak sosial, kekerapan mencuci tangan dan pemakaian mask ketika sakit juga ditekankan.

Mereka yang diisolasi diwajibkan memuat turun satu aplikasi khas, yang akan mengeluarkan signal amaran sekiranya pesakit keluar dari kawasan isolasi. Individu yang melanggar perintah akan dikenakan denda USD2,500.

Pesakit yang mengalami simptom ringan akan dirawat di pusat khas dan hospital dikhususkan untuk simptom yang teruk.

Sistem kesihatan yang efisien ini membuatkan kadar kematian di Korea Selatan berada di bawah 1% antara negara yang mempunyai kadar kematian terendah dunia.

Konklusinya

Perkara yang penting adalah kerjasama antara rakyat. Kerjasama yang diberikan oleh rakyat Korea Selatan yang menyebabkan sistem tindakan yang diambil menjadi sangat berkesan.

Booth mudah alih yang memudahkan individu melakukan saringan. Bilik kecil yang mudah alih untuk pakar perubatan mengambil sampel pesakit dengan hanya menggunakan sarung tangan yang dilekatkan pada cermin. Dengan cara ini dapat meminimumkan penggunaan PPE yang lengkap, kerana suhu yang panas akan membuatkan diri tidak selesa.



Aplikasi pantau kesihatan dan pergerakan penduduk. Penduduk Korea Selatan yang dikuarantinkan, wajib memuat turun aplikasi ini untuk kerajaan memantau kesihatan dan pergerakan pesakit menggunakan GPS. Perkara ini mungkin dilihat tidak beretika memandangkan individu yang sakit tiada privasi. Dalam kesulitan penularan wabak ini, kerajaan Korea Selatan lebih mementingkan kesihatan pesakit berbanding pravasi.

SEMOGA IANYA BERMANFAAT.
>>PEACE AND LOVE,XOXO..



No comments