Apa itu malam Nisfu Sya'ban??
Nisfu adalah bermaksud separuh (Nisf). Nisfu Sya'ban bermaskud separuh daripada bulan Sya'ban iaitu pada malam ke-15 sebelum bulan Ramadhan. Malam itu juga adalah malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Malam Nisfu Sya'ban adalah di mana buku catatan amalan orang-orang Muslim selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Apa kelebihan malam Nisfu Sya'ban??
Berikut adalah beberapa hadis yang menceritakan kelebihan malam Nisfu Sya'ban.
-Daripada Abu Musa al-Asy'ari RA, bahawa Nabi SAW bersabda:"Sesungguhnya Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya'ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan."
[riwayat Ibn Majah, hadis 1380]
-Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:"Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam Nisfu Sya'ban kemudian mengampunkan sebanyak bilangan bulu kambing pendawal."
[riwayat al-Tarmizi, hadis 670]
-Daripada Abdullah bin Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:"Allah SWT melihat pada malam Nisfu Sya'ban kemudian mengampunkan hamba-Nya kecuali dua (golongan) iaitu orang yang bermusuhan dan orang yang membunuhu diri."
[riwayat Ahmad, hadis 6353]
Apa amalan pada malam Nisfu Sya'ban??
-Solat sunat nisfu sya'ban
-Membaca Yassin.
-Doa nisfu sya'ban.
Apa keistimewaan melakukan amalan pada malam Nisfu Sya'ban??
Berikut adalah beberapa pendapat ulama' berkaitan malam Nisfu Sya'ban:
Imam al-Syafie RA bersabda:
"Doa mustajab adalah pada 5 malam' iaitu malam jumaat, malam al-Adha, malam al-Fitri, malam awal bulan Rejab dan malam Nisfu Sya'ban"
[lihat : al-Um 1264]
Ibnu Rajab RA bersabda:
"Berkaitan malam Nisfu Sya'ban, pada zaman dahulu para tabi'in daripada penduduk al-Syam seperti Khalid bin Ma'dan, Makhul, Luqman bin Amir dan beberapa para tabi'in yang lain memuliakannya(malam tersebut) dan mereka bersungguh-sungguh beribadah pada malam itu"
[lihat : Lathaif al-Ma'arif, 247]
No comments