5/Korea/slider1

Pinterest

Kdrama 'The World of The Married' siaran JTBC pecah rekod 'Itaewon Class'

The World of The Married

Aku baru lepas khatam Itaewon Class dah ada cerita baru pulak.. Tapi nak compare rating cerita ni dengan Itaewan Class memang padu juga, baru 6 episod rating mencanak naik. Orang tanya, kenapa compare Itaewon Class kenapa tak Crash Landing On You. Crash Landing on You dah lama beb pastu cerita tu under network tVN. Cerita ni pulak under network JTBC, so lain lah kan ahh takyah amik port ahh yang ni.

Drama: The World of the Married
Network: JTBC
Episodes: 16
Release date: March 27 - May 16,2020
Runtime: Friday & Saturday 22:50
Language: Korean
Country: South Korea
Cast: Kim Hee-Ae, Park Hae-Joon, Han So-Hee, Jeon Jin-Seo


Bertemakan hubungan curang dan balas dendam, drama ni semakin menjadi 'kegilaan' apabila setiap episod ditayangkan dan pasti menjadi trending di media sosial. Buktinya selepas 6 episod ditayangkan drama ini telah meraih satu angka yang mengejutkan sehingga memecahkan rekod peribadinya.


Konflik semakin menebal




Sesiapa yang tengok cerita ni mesti akan berasa geram setiap kali tengok perangai Lee Tae Oh yang tak sedar diri tu. Dah lah curang dengan isteri sendiri pastu tak malu nak gadaikan harta yang diusahakan bini dia sendiri untuk memenuhi kehendak kekasih gelapnya. 

Yang paling seronok bila tengok Sun Woo dedahkan kecurangan suami dia tu depan parents Da Kyung, perempuan yang hancurkan rumah tangganya.


Walaupun dorang dah bercerai 2 tahun yang lalu, Lee Tae Oh nampaknya telah kembali semula dan mahu membalas dendam dengan Sun Woo. Penonton yang tengok drama ni akan menyumpah seranah Lee Tae Oh dan Da Kyung kerana bermuka tebal dan tidak menyedari kesalahan mereka. 




Sedutan epidos yang akan datang, lelaki itu kelihatan hidup senang dengan Da Kyung dan anak mereka dan berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.




Semasa berkahwin dengan Sun Woo dulu pun, lelaki itu hidup atas hasil penat lelah bininya dan kini dia mneggunakan kekayaan bapa mertua barunya unutk mulakan hidup baru. Dasar biawak !!

sumber: kimchidaily AsianWiki

No comments