5/Korea/slider1

Pinterest

Cara Yang Betul Untuk Layer Skincare Product

CARA-CARA YANG BETUL UNTUK LAYER SKINCARE PRODUCT

Antara toner dan essences yang mana kena apply dulu? Mesti ada yang tak tahu kan.. Okay entry kali ini aku nak explain tatacara yang betul. 


Baca seterusnya......


Sebelum memulakan rutin untuk penjagaan kulit yang baik, kenali dan fahami dulu langkah-langkah tatacara pemakaian produk yang betul. Antara cleanser dan essence, sunscreen dan sheet masks, eye cream dan toner yang mana perlu didahulukan??? Rutin pemakaian setiap langkah wujud kerana alasannya yang tersendiri untuk memaksimumkan hasil.


Rujuk gambar di bawah..

Pertama-tama sekali buang segala make-up, sunscreen, peluh, dan minyak yang berlebihan dari wajah. Permukaan yang bersih tiada sekatan untuk produk lain bekerja. Faham??? Gunakan 'oil cleanser' untuk mencuci segala kotoran dan minyak. Kemudian, guna 'water-based cleanser'(foam atau gel) supaya kotoran dan minyak keluar.


Toner, membantu seimbangkan pH kulit selepas ianya dicuci dan diikuti dengan essence (intipati). Essence yang cecair ringan dan bekerja seperti serum. Essence memberi penghidratan dan kelembapan. Ianya membantu produk lain untuk menyerap dengan lebih baik ke dalam kulit.


Masa untuk menumpukan perhatian khusus. Treatmeants: serum,ampoule dan spot treatments. Ianya berbeza-beza dan bergantung kepada kondisi kulit yang ingin dirawat. Contohnya, serum vitamin C sangat bagus untuk mencerahkan bintik-bintik hitam dan antioksidannya membantu mencegah garis-garis halus dan kedutan.


Seterusnya diikuti dengan sheet mask. Sheet mask didatangkan dengan essence memberikan kelembapan dan nutrien. Nak skip?? Tiada masalah. Teruskan langkah seterusnya untuk cream bawah mata. Eye cream melindungi kulit sensitif dikeliling mata dan anti-penuaan.


Kemudian pelembab, pelembab berfungsi untuk lock kesemua produk daripada kulit menjadi kering. Pelembab untuk menyuburkan dan menghidratkan kulit. Ianya terdapat seperti emulsion, gel, lotion, oil, cream atau sleeping mask. Ianya harus digunakan siang dan malam!!


Yang terakhir paling penting, sunscreen. Sunscreen/pelindung matahari adalah perlu dan penting untuk semua jenis kulit. Ianya melindungi kulit dari kerosakan sinaran UV dan mencegah penuaan.


Rasa-rasanya sama tak rutin ni dengan rutin korang????? Kalau ada yang salah, kena lah betulkan. Boleh jadi produk yang korang pakai tiada kesan disebabkan tersalah langkah-langkah rutin penggunaan.




No comments