5/Korea/slider1

Pinterest

'Hi Bye,Mama' tamat dengan kesudahan sedih dan penonton marah dengan penulis skrip.

Hi Bye, Mama!

Siapa tak menangis bila tengok drama ni memang hati kering. Pelakon semua terbaik. Kim TaeHee telah membuat pilihan yang betul sebagai naskah kemunculan pertamanya selepas 5 tahun berehat. Setelah 16 episod membuatkan penonton menangis tak berhenti, akhirnya drama ini telah pun melabuhkan tirainya.

Sinopsis : Hi Bye, Mama

Menangis setiap episod


Drama ni start episod pertama lagi dah berair mata tengok. Kalau tengok sorang lah, kalau ada orang tahan je**hahaha. Setiap episod ada saja babak yang boleh buat korang menangis. Roh Cha YuRi berkeliaran kerana ingin bersama dengan anaknya.



Lagi bertambah hiba apabila dia tidak dapat berbuat apa-apa semasa melihat anaknya dalam kesusahan kerana pergerakannya sebagai roh yang terhad. Cha YuRi diberi peluang untuk kembali ke dunia semula selama 49 hari dan perlu kembali ke tempat asalnya iaitu menjadi isteri GangWha. Jika dia gagal, dia akan kembali menjadi roh semula dan meninggalkan dunia ini. 

Cha YuRi telah mengenali isteri baru GangWha iaitu Oh MingJung. Oleh kerana Oh MinJung terlalu baik dan melihat GangWha semakin bahagia, Cha YuRi merahsiakan misi 49 harinya itu daripada GangWha. SeoWoo juga kelihatan begitu rapat dengan ibu barunya. Namun, Oh MinJung pernah ingin meminta cerai dengan Gong Wha dek kerana mulut ibu-ibu di taska itu yang bercerita perihal keluarganya.


Heartbreaking ending


Cha YuRi sedar jika dia masih hidup, anaknya masih terus melihat hantu sehingga besar. Oleh kerana dia tidak mahu menyusahkan anaknya, Cha YuRi mengalah dan melepaskan tempatnya di sisi keluarga itu. 





GangWha dengan berat hati terpaksa melepaskannya pergi dengan tenang. Sebelum saat-saat akhir itu, Cha YuRi menghabiskan sisa hidupnya bersama orang tersayang dan menggembirakan mereka.


Ep 15 : https://www2.dramacool.movie/hi-bye-mama-episode-15.html 
Ep 16 : https://www2.dramacool.movie/hi-bye-mama-episode-16.html

Disebabkan itu ramai penonton tidak berpuas hati dengan penulis skrip drama ini kerana pada awalnya Gang Wha tidak menyambut hari jadi Seo-Woo kerana teringatkan ulangtahun kematian YuRi, tetapi dengan senang melepaskan YuRi pergi. 

Terdapat kesilapan juga dalam drama ini kerana, Cha YuRi tidak mengetahui anaknya allergi strawberry walhal selama 5 tahun dia berada di samping anaknya.

Walaupun drama ini telah melabuhkan tirainya, lakonan Kim TaeHee tidak pernah mengecewakan. Lakonan sedihnya berjaya membuat penonton tersentuh. 



Okay dah boleh beralih ke drama lain pulak, no more sedih sedih :P

>>>
Peace and Love,xoxo..

sumber:dramacool

No comments