5/Korea/slider1

Pinterest

Golongan isi rumah B40, M40 dan T20 di Malaysia berdasarkan pendapatan.

Mungkin ada lagi yang masih tertanya tanya apa itu B40, apa itu T20 ni ? Sekarang kan tengah hangat pasal B40 T20 ni. Pasal si BiBI Ucop tu lah kan. *boring
Tapi bagus lah at least rakyat ni dapat ilmu sikit daripada kontroversi macam ni. 

Angka yang disebut itu adalah merujuk kepada percent/peratus pendapatan isi rumah bulanan. Maksudnya di sini adalah below, middle dan top. Itu yang depa dok sebut B40 M40 T20 tu. Pendapatan isi rumah bulanan penengahan bagi kumpulan terendah 40% (B40), kumpulan pertengahan 40% (M40) dan kumpulan tertinggi 20% (T20). 



Data Bajet 2018-Pendapatan Isi Rumah Rakyat Malaysia - Afyan.com
sumber

Konsep dan istilah yang digunakan di sini diringkaskan sebagai :

ISI RUMAH ;

- Seseoarang atau sekumpulan orang (berkaitan atau tidak berkaitan) yang biasanya hidup bersama di tempat tinggal dan membuat peruntukan (perbelanjaan) untuk keperluan makanan dan lain-lain kepeluan bersama. Pada tahun 2016, saiz purata isi rumah Malaysia ialah 4.1 orang.

PENERIMA PENDAPATAN ;

-Ahli isi rumah yang menerima pendapatan dalam tempoh masa rujukan kajian, serta dengan sekurang-kurangnya satu penerima pendapatan. Pada 2016, purata penerima pendapatan di Malaysia adalah 1.8 orang.

PENDAPATAN ISI RUMAH ;

-Pendapatan keseluruhan yang diperoleh oleh isi rumah, sama ada secara tunai atau jenis lain, dan boleh dirujuk sebagai pendapatan kasar. Pada tahun 2016, purata pendapatan bulanan di Malaysia ialah RM5,228 dan RM6,958.

PENDAPATAN PENENGAHAN ISI RUMAH ;

-Adalah pendapatan pendapatan "pertengahan" dalam pelbagai pendapatan isi rumah, diatur dari segi rendah ke tinggi. Sebagai contohnya, di Taman Bintang, terdapat lima pendapatan isi rumah RM5000. RM10,000, RM15,000 RM20,000 dan RM25,000. Pendapatan isi rumah median adalah RM15,000. Nilai penegahan digunakan kerana ia mewakili kawasan yang lebih tepat daripada nombor purata.

PENDAPATAN PURATA ISI RUMAH ;

-Adalah merujuk kepada nombor pendapatan "purata" di mana semua pendapatan isi rumah ditambah dan dibahagikan dengan bilangan isi rumah.


JADI APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KUMPULAN PENDAPATAN B40, M40 DAN T20 NI ?



Maksud B40, M40 Dan T20 Berdasarkan Jumlah Pendapatan Isi Rumah Di ...
sumber

Menurut hasil penyelidikan Kaji Selidik Kemudahan Asas dan Pendapatan Isi Rumah 2019 dari JSM, kumpulan T20 mempunyai pendapatan isi rumah median yang sekurang-kurangnya RM13,200 dan median untuk kumpulan M40 dan B40 telah meningkat sehingga RM6,275 dan RM3,000 masing-masing. Dalam laporan ini juga, dinyatakan bahawa median pendapatan isi rumah untuk kumpulan T20,M40 dan B40 menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (KPTK) lebih daripada 6%. Pertama kalinya pada 2016, median bulanan pendapatan isi rumah Malaysia mengatasi tahap tahap tertinggi sebanyak RM5,000. Isitilah B40, M40 dan T20 sebenarnya mewakili peratus populasi negara bagi 40% Terbawah, 40% Tengah dan 20% Teratas. Itulah sebabnya mengapa pendapatan isi rumah median digunakan sebagai penentu.

*****

Ohh begitu, jadilah dapatlah ilmu sikit sikitkan pasal hal-hal yang sedang hangat berlaku sekarang ni. Nanti anak cucu tanya boleh lah hang jawab sikit dari dok nganga ja join geng bawang rengers tu. Hapahhh pun tak dapek.

sumber ihsan google

No comments