5/Korea/slider1

Pinterest

Korean Skincare Routine : My experience 2 years using korean skincare

Skincare Tips

Betul ke 10-steps korean skin care routine betul-betul berkesan? Aku nak share lah sedikit pengalaman aku selama 2 tahun mencubakorean skin care ini.

>
>
>
>
>
>

Korean skin care ini mungkin dah famous lama bagi dorang. Tapi bagi aku ini benda baru 2 tahun yang lepas. Benda ini bukan famous dalam kalangan wanita saja uolss, laki-laki pun ada juga amalkan rutin ini.

Muka aku 2 tahun sebelum ini sangat lah teruk. Macam-macam produk dah try. Tapi aku confident. Aku chill saja dengan muka aku yang teruk macam itu. Tapi bila aku datang Korea, aku rasa macam 'low confidence'. Gila kau kulit dorang mulus weh. Korean skin cantik, masa itu aku eager dah nak belajar lah apa rutin-rutin dorang. Aku siap google tau. Tapi rutin dorang memang banyak gila dan kau kena bersabar.

Okay aku nak cerita pengalaman aku ni. Korang baca seterusnya>>>>


First sekali jangan gelojoh sangat...

Macam aku aku memang tak bersabar sangat, lepas balik rumah itu terus menggelupur nak mencuba produk baru beli. Alah normal ahh kan. Korang pun mesti ada macam ini. Tapi sebenarnya silap. Mungkin itulah kesilapan aku buat beberapa tahun yang lalu :P..

Sabar guys. Kalau nak test product baru, kena ambil masa dan test sekali sehari. Kulit korang pun tak terkejut. 

Tak semua kulit manusia ni sama jenis...

Korang mungkin tengok idola korang pakai okay tidak ada masalah, tapi bila korang pakai terus breakout muka. Jadinya cek dulu jenis kulit itu yang macam mana, apa yang sesuai, mungkin allergic dengan bahan-bahan dia ke. Kenal pasti jenis kulit dulu. 

Ambil masa untuk layer produk...

Yang ini penting!! Aku serius dulu noob sangat. Aku tak tahu pun ada timing untuk layer produk. Jadinya bila aku perbetulkan timing ini barulah aku nampak kesan produk itu bekerja ke atas muka aku. So, dari situ aku belajar satu benda dah. Macam contoh vitamin C dan chemical exfoliate, lepas apply tunggu 15-20minit. Moisturizer 1minit. Serum 30seconds.

'Mix and match' dengan betul...

Tak semua produk korang boleh bantai. Bahan-bahan aktif pun ada jenis yang tak boleh digabungkan dengan sesuka hati. Antara kesan padanan yang tidak betul akan membuatkan kulit kering dan menggelupas dengan teruk.

Tukar produk mengikut musim..

Cuaca di Malaysia yang panas sepanjang tahun mungkin tidak perlu merubah rutin. Jika negara yang mempunyai 4 musim ini adalah perlu kerana cuaca juga memainkan peranan terhadap kulit. Seperti di Korea aku akan topup heavy cream untuk musim sejuk supaya kulit aku tak kering. Biasanya aku cuma tambah 1-2 produk untuk perubahan musim.

Jangan putus asa...

Nak maintain 10-steps routine adalah sangat melecehkan. Jangan putus asa untuk dapatkan kulit yang cantik dan sihat. Dalam 1 minggu tu mungkin aku ada skip juga antara 10langkah ni, tapi aku tak berhenti secara terus. Aku sentiasa follow up mengikut kesesuaian masa dan tenaga.

Pengalaman belajar benda baru...

Aku tak rasa rugi dan penat. Kalau aku tak ada pengalaman ni, sampai bila-bila kot aku tak kan tahu apa yang kulit aku perlukan. Benda yang paling best sekali 10-steps routine ni adalah aku belajar tentang ingredients product, cara penjagaan dan juga jenis kulit aku. Untuk korang, jangan putus asa teruskan mencuba. Tak rugi pun nak dapatkan kulit yang cantik dan sihat ni. 

>>>>Peace and Love,xoxo...
Dalam 2 tahun ada juga turun naiknya, tapi jerawat susah dah nak stay lama dan paling best no foundation Worth it guys!
>
>
>
>
Sebelum kenal korean skin care routine, macam ni lah ghope aku dulu. Kusam dan berjerawat, sebab tu dulu jarang selfie.









No comments