5/Korea/slider1

Pinterest

Punca jerawat dan cara mengatasinya yang korang perlu ambil tahu.

Bila tumbuh jerawat seketul dekat muka kita mesti gelabah kan? Tipu lah tak gelabah. Kalau ada ubat jerawat tu cepat cepat je korang nak dab dekat jerawat korang. Lagi lah kalau ada event nak kena attend tu dia punya kelam kabut ya tuhan!

Jerawat adalah salah satu mimpi ngeri bagi setiap orang. Tidak mengira jantina sama ada lelaki mahupun perempuan. Nak memiliki kulit muka yang sentiasa bersih dan flawless ni bukan lah senang.

Apa itu jerawat?

Jerawat adalah masalah kulit yang tersumbat oleh minyak dan sel kulit mati. Tanda-tanda kemunculannya adalah bermula dengan bintik-bintik pada bahagian tertentu seperti di wajah / leher / belakang badan / dan dada.

Bintik-bintik ini dikenali sebagai blackhead & whitehead. Jerawat akan lebih aktif jika terdapatnya dua jenis bintik-bintik ini. Blackhead & whitehead ini terhasil daripada kotoran yang melekat pada muka dan menyebabkan liang pori-pori muka tersumbat.

Dan dari situ lah terhasilnya jerawat. Jerawat pun ada pelbagai jenis dan nak hilangkannya bukan lah satu perkara yang mudah jika tersalah langkah.

Kalau korang buntu tak tahu macam mana nak kecutkan jerawat tu, jangan risau aku dekat sini boleh bantu. LOL. Bantu mana yang tahu jelah ek. Baca seterusnya tentang jerawat dan cara mengatasinya yang korang perlu ambil tahu.

1. Jangan percaya DIY hack.



DIY hack ni biasa sangat kita tengok guna lemon lah, ubat gigi lah. BIG NO! Benda ni lagi buat acne korang lagi teruk sebenarnya. Bahan-bahan ni mengeringkan kulit. Jangan percaya sangat lah DIY ni ya.

2. Ais batu.




Okay kalau tips ni serius berkesan nak kecutkan jerawat. Nanti korang nampak lah kesan dia esok paginya. Cara dia korang balut lah ais tu guna kain dan tekap dekat jerawat dalam 3 hingga 4 minit. Buat selalu lah baru nampak kesan!

3. Gentle Cleanser.



Bila muka start naik jerawat, kulit akan sensitive. So, korang pakai lah gentle cleanser yang hydrating atau gunakan cleanser sedia ada. Masa ni jangan gatal tangan nak scrub muka lagi, nanti lagilah kering kulit tu. Tunggu jerawat kecut baru scrub okay.

Dan lagi satu yang penting pakai mask selalu untuk kulit sentiasa lembab. Nanti bila kulit sentiasa lembab barulah terbantut jerawat tu nak tumbuh di wajah korang.

4. Jangan picit jerawat.



Ini pun satu masalah juga ni. Kalau yang jenis suka picit jerawat tu korang STOP dulu. Ini lah punca jerawat lain tumbuh tu. Tahan dulu nafsu tu, tahannnn. 

Ya tahu geram, aku pun geram juga nak nak jerawat yang ada mata tu. Bila dapat picit, perghhh keluar seketui tu puas hati betul. Lepastu menangis lah korang tinggal parut. Haaa jangan picit tau, biar dia pecah sendiri.

Lagi satu bila kita terlalu kerap picit jerawat, akan menyebabkan parut.Parut ni pada walnya kemerah-merahan dan lama-lama akan bertukar warna gelap/hitam. Kalau parut macam ni memakan masa yang sangat lama nak hilangkannya.

5. Make up.



Elakkan pakai barang make up yang pore-clogging ingredients. Biarkan kulit korang tu bernafas dengan tenang, jangan disekat. Elakkan tau, jangan guna barang make-up yang ada mineral oil dan lanolin. Senang cerita tak payah lah make-up :P

6. Pemakanan.



Amalkan diet yang seimbang. Kalau asyik naik jerawat dekat tempat yang sama, cuba cek semula cara pemakanan korang. Mungkin dah seminggu makan fast food tak berenti kan. 

Makanan pun punca jerawat ke?

Ya. Makanan berminyak dan berkolestrol ini lah founder jerawat korang. Ada orang makan kacang naik jerawat, ya memang ada. Nak perasan situasi ni dalam masa selepas 24 jam saja.



**Harap-harap bergunalah tips yang aku bagi ni. At least korang tahu lah mana yang boleh buat mana yang tak boleh buat. Kalau berjaya ikut tips ni, korang berjaya lah kurangkan jerawat dekat muka korang nanti. Apa pun, good luck geng!

>>>Peace and Love,xoxo..




No comments