5/Korea/slider1

Pinterest

Dah jual murah kena tukar tarikh pulak- Air Asia buat hal-

Sayu~Hati ini makin sayu~


Niat di hati nak balik raya tak kesampaian apabila Air Asia kabo kena tukar tarikh. Haram jadahhhh. Lama dah aku beli tiket tu, ingat tak dan ke covid rupanya dan juga ke dia yak.

Kecewa betul lah tak dapat nak balik raya tahun ni. Sedih weh ):,gila tak sedih. Tapi aku rasa Malaysian tahun ni raya macam soso lah kot (saja nak sedapkan hati)

Jadinya pagi ni kena lah chat si AVA tu, kalau tak burn ticket aku nanti naya. Lebih baik tukar daripada burn yedok. Rugi weh, tiket paling murah tu aku pernah beli :P

Mula-mula tu macam susah juga, mana nak cari menu si AVA ni. Rupanya tekan dekat live chat tu keluor lah dia nanti. Puas lah aku godek godeknya, kan senang kabo je tekan live chat si AVA tu. Sibuk nak kabo tekan menu, mana ke datangnya menu.

So, mana yang pening lagi nak tukar tarikh tu boleh ikut langkah aku nak cerita ni. Cara dia senang je aku tunjuk sikit sikit gambar yang sempat aku tangkap. 

Baca selanjutnya>>

1. First thing first, buka web AA dulu (mobile not available). Klik flexibility for you with AVA. 


2. Selepas tu, korang tekan free unlimited date change(AVA) and then follow instruction yang diberi itu. Haaa tang sini lah yang pening tu, mana nak cari menu si AVA merah tu. Geram betul.



3. Klik dekat kepala AVA bawah belah kanan tu dan dia akan keluar macam ni. So kalau tiket korang yang bertarikh antara April hingga Mei tu korang klik lah dekat COVID-19 FLIGHT CHANGES. Untuk kes tarikh berkenaan special lah sikit untuk yang tukar tarikh tu, sebab free of charge.



Senang je, tapi mana yang tak faham tu pening lah sikit. Aku pun first time kena tukar tarikh ni (':.
Semoga dapat membantu mana yang masih buntu lagi tu. Jangan buat lambat lambat, even last due date sampai 31 Mei pun korang buat je supaya korang tak terlupa.

Kalau yang nak refund during COVID-19 ni berkicap lah wei tunggu. Jadinya renung-renungkan lah, kalau rasa tak perlu refund tu tukar jelah tarikh. Aku tak tahu lah berapa kali limit tukar tarikh ni, harap harap ni yang terakhir lah aku tukar tarikh dan berjaya balik.

Doakan aku guys. 
Semoga kau berjaya dan dapat pulang Fana. Amin (:...

1 comment

  1. I have benefited a lot from visiting your site. Thank you

    ReplyDelete