5/Korea/slider1

Pinterest

Bermula 1 April Astro telah menyusun semula penyenaraian rancangan..

Banyak betul masa terluang sepanjang PKP ni. Rugi kalau tak digunakan dengan sebaiknya. Masa ni lah ada yang belajar memasak, ada yang belajar menjahit, ada yang tengah buat kuih raya. Macam macam gelagat masing masing sepanjang PKP ni. 

Mungkin selepas PKP ni lebih ramai yang sudah pandai memasak. Terlalu ramai yang berkongsikan resepi dan video memasak mereka di facebook dan instagram. Semua yang berlaku ini mungkin ada hikmahnya. Kesihatan mental dan fizikal pun perlu diberi perhatian. Mana taknya sekarang macam macam hal yang sedang berlaku di media sosial. Perlu diingatkan sentiasa bersikap positif supaya kita tidak mengalami gangguan mental.

Dalam beberapa hari lagi kita bakal menghampiri bulan Ramadhan, bolehlah kita praktis untuk berpuasa ke, kawal selera makan ke ataupun melakukan amal ibadat. Dalam pada masa yang sama dapat meningkatkan pahala dan positivity dalam diri masing-masing. Puasa ganti jangan dilupakan mana yang belum habis puasa ganti tu. 

Siaran television Astro sekarang pun menawarkan perkhidmatan percuma sepanjang PKP. Masa ni lah peluang nak tengok cerita-cerita best di rancangan Astro. Astro juga telah menyusun semula saluran rancangan untuk memudahkan pengguna mencari saluran yang digemari. 

Astro telah menyusun semula penyenaraian saluran rancangan untuk pengalaman tontonan yang lebih baik bermula pada 1 April 2020. Dengan lebih daripada 100 saluran HD untuk dipilih, kini lebih mudah bagi anda untuk mencari saluran kegemaran anda dalam HD dan menjumpai rancangan baru anda juga. 

**Selamat menonton..















sumber Astro Malaysia

No comments