5/Korea/slider1

Pinterest

Amalkan minum air kosong pada 4 waktu terbaik ini...

Ramai orang beranggapan minum air kosong dalam kuantiti yang banyak baik untuk kesihatan, namun berbeza dengan pendapat Kevin Zahri. Menurut beliau, pengambilan air kosong secara berlebihan juga boleh membahayakan kesihatan.


Minum air pun ada waktu yang sesuai sebab orang tua-tua selalu sangat pesan jangan minum semasa dan selepas makan, nanti perut buncit katanya. Pantang orang tua-tua ni memang banyak kebaikan, sebab tu mereka boleh kekal shiat dan cergas even meningkat usia.

Sekiranya warna urine anda jernih, maknanya badan anda terhidrasi dengan baik, manakala warna urine yang kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air untuk

sistem badan anda yang lebih baik.

Selain itu, air kosong juga dapat membantu mengurangkan berat badan kita, dengan membakar kalori dalam tubuh. So, cukup jelas sudah yang pengambilan air putih atau air mineral dalam kehidupan seharian amat penting untuk kesihatan.


Okay tak nak cakap banyak, jom kita teruskan dengan 4 waktu terbaik ni>>....



1. Sebelum tidur


Paling awal 1 jam sebelum korang tidur, tujuannya adalah bagi mengelakkan kita terkena serangan jantung dan strok. Di mana kedua-dua penyakit di atas ini adalah merupakan punca kematian terbanyak yang dicatatkan di Malaysia. Tapi jangan minum dan terus tiur, nanti boleh menyebabkan eyebag dan sembab bawah mata.

2. Selepas bangun tidur


Minumlah dua gelas air masak untuk mengaktifkan organ dalaman. Air liur yang bercampur dengan air suam membantu membersihkan dalaman dengan semula jadi. Enzim yang terdapat dalam air liur mampu membantu proses pencernaan.

3. Sebelum mandi


Minum segelas air sebelum mandi dapat melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan darah.

4. Sebelum makan.


Minum segelas air sebelum makan membantu sistem penghadaman, di mana perut lebih bersedia untuk menerima makanan dan mengawal selera makan.

>>>>>
Sebenarnya ni cara yang paling minimum untuk yang kurang gemar minum air masak. Selamat mencuba dan kekal hydrate.

Peace and Love,Xoxo>> 



No comments