5/Korea/slider1

Pinterest

'off day'-Rutin nak hilangkan bosan kalau cuti..

Tak sabar nak nak cuti!!

Kalini aku nak cerita sikit apa yang aku buat kalau aku cuti.
Omgeeee :P

12 jam sehari bekerja sangat penat. Kalau customer tak ramai laaaaagi tenang kerja. Aku bekerja di sebuah restoran. Restoran ni menyediakan sup ayam ginseng yang namanya samgeytan (if i'm not mistake spelling). Ayam seekor yang seorang makan berharga 14,000KW. Dalam perut ayam disumbatkan beras pulut,ginseng dan kurma kering. 




AAAA AAAA, kita bukan nak sembang pasal ayam ni okay...

**
Back to the point, apa yang aku buat kalau cuti..

Normally kalau cuti aku jarang dapat cuti yang sama dengan Fatihi. But off day must go onnnnn **hahaha. Rutin aku dari pagi aku selepas bangun minum kopi dulu dan lepas tu akan mandi. Mandi awal pagi orang kata awet muda**hahaha. Bukan sebab tu lah.

Lepas tu akan kemas bilik, basuh baju dan sarapan kalau ada sarapan. Kedai bawah rumah je so kalau dekat bilik tak ada makanan aku akan turun bawah ambil apa yang ada. Kalau aku bosan aku akan pergi lah bandar terdekat cuci mata sikit.. **cuci mata iman kena kuat babe. Tak ada orang teman, aku keluar jelah sorang ke bandar. 

Aku okay je keluar sorang ke bandar dekat dekat ni, asalkan tak sesat**hahaha..**kadang-kadang seronok dapat bersendirian sekejap. Aku kalau dah start keluar memang malam lah akan balik. Facilities dekat tempat tinggal aku senang, ada bus, ada teksi. Malas jalan naik teksi, nak jimat naik bus. 

Kalau tak ke bandar pun aku akan habiskan masa dekat bilik. Bila cuti aku akan call ayah aku, tanya khabar kucing kucing dekat rumah**hahaha. Duduk bilik buat apa lagi tidur lah. Aku kena manfaat kan cuti yang ada sebab aku cuma cuti bila boss aku kata cuti. Cuti pun tunggu boss bagi. Ko rasa? Sebulan 2/3 kali je aku cuti. Penat penat juga tapi bila dapat gaji terus hilang penat :P

Environment kerja dengan orang orang ni memang agak mencabar kesabaran ya, semua nak cepat. Bagi dorang normal, sebab orang orang dia berkerja memang cekap dan pantas. Ambil je order, terus buat laju laju tak sampai 10 minit tunggu. Speed dorang paling laju ya, bukan medium bukan slower. Paling cepat aku pernah serve makanan 2 minit, customer masuk ambil order terus siap masak. Haaa well prepare kan dorang, not bad..

Itulah jelah rutin harian aku kalau off day. Memang lah aku penat juga nak tunggu cuti sebulan 3 kali tu, tapi tulahh.. Asalkan persekitaran okay, aku okay. Sebab tu lah aku kalau balik Malaysia aku akan cuti lama, nak rehat je sebenarnya.  

**Cukup gaji kita chow kerja lain pulak :P. Jangan macam ni ya. Sentiasa lah jadi manusia yang bersyukur dengan apa yang ada. Rezeki tak pernah salah alamat, apa yang penting usaha tangga kejayaan. **hwai-ting (hentam jelah spell ni)

No comments