10 Tempat Menarik Patut Ada Dalam Itinerari Osaka- 大阪

Tuesday, June 16, 2020 Osaka, Japan

Osaka+Kyoto+Nara Park+Universal Studio Japan+Tempozan Giant Ferris Wheel+Kaikuyan Aquarium+Osaka Castle+Shinsaibashi street+Namba+Dotonbori
All checked✔️



Kalau ada yang perasan kan tahun lepas kan aku pergi Osaka, Japan. Cehh ko perasan ko retis ke Fana..? By the way masa tu tak tahu macam mana saja gatai tangan tengok tiket apa yang sale dari Korea. Alang alang nak cuti panjang kan pastu dekat tempat aku ada airport yang terdekat so saja lah usha.

Fatihi: Gila ahh tiket Osaka-Cheongju return 300 lebih.

Aku: Mahal gila!

Fatihi: 300 ringgit sssssakai, bukan 300KWon.

Aku: Bapak ahh murah gila. 

***Exact KW98,000=RM350 

***Expenses KW500,000 = JPY45,000.

Itupun ada balance and tak shopping. Even Uniqlo sana lagi mahal dari Korea. LOL..

Osaka guys ! Rasa macam mimpi lagi dapat jejak kaki dekat OSAKA. Even pergi Osaka saja tanpa ke Tokyo rasanya dah letih berjalan untuk 5 hari tu. Bayangkan kalau pergi Tokyo at the same time, cost expenses dan masa of course lagi bertambah. 

Dalam kepala otak aku aku nak pergi tempat Harry Potter dekat USJ tu je sebab 2014 baru start opening Harry Potter and the Forbidden Journey dekat USJ. 

**Tak sampai sebulan planning rembat terus. Ate tengah murah ni yeop. 

Paling best sekali bandar dia bersih!! No wonder why people around the world always said Japan is the cleanest city. Bersih sangat even tepi jalan dan tepi rumah orang. Sumpah bersih. Rumah dorang macam mini house dan tak lusuh. No wonder lah Jepun pengeluar cat terbesar dan berkualiti. Dah sembang cat pulak!

Back to the point. Masa ni aku gerak dari Cheongju Airport dan landed di Kansai (KIX). Sangat bernasib baik sebab flight timing onzzzz terok. Lebih kurang 2 jam dari Cheongju. Nasib baik smart, kalau tak smart dah naik dekat Incheon ni.




Disclaimer;-This post contains affiliate links, meaning at no additional cost to you, if you click through and make purchase, I may earn small commission. Thank you for support. Learn more on my disclosure page

Sebelum berlepas..


**Settle dulu tiket USJ, JR pass boleh booking DISINI
**Tak ada sewa wifi. (Public wifi bersepah)
**Baca blog itinerari (supaya anda smart)
**List tempat nak pergi.
**Standby makanan.
**Cek suhu di Osaka.

Sampai Osaka..


**Take shuttle bus to Terminal 2.

**Pick up JR pass di Terminal 2.

**Naik train Kansai ke Namba.(masa ni terus guna JR West Kansai Rail Pass)

**Kalau korang nak cari tempat tinggal aku syorkan korang cari dekat area Namba dan berdekatan Shinsaibashi. Nak shopping dan berjalan tak jauh. Kedai makan halal ada berdekatan.

Macam biasa aku booking dekat SINI. Lebih banyak pilihan harga dan lokasi yang strategik. Yang penting boleh free cancellation up to 24 hours. 

Paling best kalau dengan ini aku dapat cashback setiap kali booking dan up to 20%!!. Yang penting korang kena SIGN UP lah dulu baru dapat advantage macam aku ni.

Subway Jepun sumpah boleh bawak bergaduh weh kalau salah naik. Korang jangan samakan subway Korea dengan Jepun. TAK SAMA! Nama train lain lain satu hal pastu banyak lane berbeza dia punya pass. Aku give up. Semua Fatihi settle kan hahaha. Korang nak travel cari geng yang smart. Rugi travel sambil bergaduh nanti gambar ko tak banyak ;P...

**zaman dah canggih ni banyak je Apps yang memudahkan.



Osaka Station

Antara tempat menarik yang patut ada dalam itinerari Osaka

SHINSAIBASHI/NAMBA/DOTONBORI

Tiga tempat ni berbeza tetapi berdekatan. So nak senang aku rangkumkan bagi korang faham. Kalau laluan JR pass korang turun je dekat Namba Station. 

Kedai kedai dekat Shinsaibashi beroperasi dari 10pagi ke atas dan orang ramai dari petang sampai lah malam. Sini pukul 10 malam dah banyak dah kedai tutup. Kalau dekat Dotonbori petang sampai lewat malam buka. 

Dotonbori tempat lepak yang santai santai dan ada banyak kedai makan, biasanya malam meriah. Makanan dekat sini havok terokss. Kalau korang seafood hunter helok lah datang sini. 

Dotonbori kedai halal jangan risau jalan jalan mesti jumpa Biasanya kedai halal second floor lah dan agak tersorok sikit(mata kena rajin melilau). Orang jepun ni kalau tak berjalan dorang akan naik basikal. Kalau keluar awal pagi ramai lah yang berjalan kaki dan naik public transport nak pergi kerja.

Namba


Shinsaibashi Street

Shinsaibashi


Dotonbori


NARA PARK

Perjalanan dari Osaka Namba Station boleh ambil Rapid Express train, nama dia Kintetsu Nara Line dalam 39minit sampai Nara Station.

Then bila dah sampai Nara Station korang boleh follow sign board bus stop ke Nara Park. Bus dia sekejap je tunggu tak sampai 5 minit. Di Nara Park banyak rusa dan ada temple temple lama. 

Kalau korang nak bagi makan rusa, boleh beli deer crackers harga dalam 150yen (10keping). Yang aneh anehnya rusa dia ni kalau ko tunduk dia akan tunduk balik. Cuba lah buat nanti kalau datang sini.  



**taik rusa bersepah dan pekerja dia selalu sapu tapi kalau terpijak juga nasib lah.

 Todai-ji Temple





OSAKA CASTLE

Masa pergi Osaka Castle ni ktorang dari Nara Station sebab sekali jalan je naik train, so ambil je train via Tennoji warna purple ke Osakajokoen Station. Dari station jalan kaki lebih kurang 5 minit. 

Nak balik Namba ambil train yang sama masa datang, itu pun warna purple juga hahaha. Pening kan so korang kena alert lah sebelum naik okay ! **nasib baik geng saya smart:P






Gambar dia ambil semua macam haram jadah.



UNIVERSAL STUDIO JAPAN (USJ)





**ambil train Namba Station pergi ke Shin Imamiya Station (Nankai Limited Express menghala ke Kansai airport)

**berjalan 2 minit tukar lane

**ambil train Shin Imamiya ke Nishikujo Station (Osaka Loop Line)

**tukar lane sebelah

**Nishikujo station ke USJ station (Sakurajima Line Local menghala ke Sakurajima)

***pening bukan? hahaha..

Makanan luar tak dibenarkan, so pandai pandai lah korang pilih makanan murah dalam tu. Dekat depan dah kena selongkar beg memang tak lepas lah. So, sebelum masuk alas lah perut tu dulu.

**staff usj bagus gila asyik senyum je.

  

**Beli tiket siap siap di DISINI supaya tak buang masa korang so sampai just scan barcode.

**datang seawal yang mungkin kalau tak korang akan menggelupur beratur lama.


Sampai malam pulun main.


TEMPOZAN GIANT FERRIS WHEEL

Osaka ada 4 ferris wheel. Kalau korang naik train laluan dari Kansai airport ke Osaka Namba korang akan nampak ferris wheel warna merah dari jauh yang tu HEP Five Ferris Wheel dekat bandar Umeda. Dekat Umeda murah je 500yen, yang aku naik ni 800yen sebab alang alang sebelah aquarium je pun. Ferris wheel yang ni tak termasuk dalam Osaka Amazing Pass, so bayar sendiri.

**Namba Station ke Hommachi Station (Midosuji Line menghala ke Nakatsu)

**berjalan 2 minit tukar station

**Hommachi Station ke Oskako Station (Chuo Line Local menghala ke Cosmo Square)

**berjalan 6 minit ikut sign board dah sampai.




 Ktorang pilih gondola yang transparent. Kalau korang gayat boleh pilih yang tertutup.



KAIKUYAN AQUARIUM OSAKA

**bersebelahan dengan Tempozan Ferris Wheel
**booking siap dekat Klook then scan barcode.

Dekat sini aquarium macam biasa, alah lebih kurang sama jelah dekat Aquaria KL tu. Masa aku pergi ni bising gila ada rombongan budak tadika.



ARASHIYAMA BAMBOO, KYOTO

Nak cari bamboo ni payah juga ya. Jauh aku jalan sampai ke sungai tu rupanya celah celah laluan rumah orang tempatnya. So mana yang tak tahu tu kan kalau ada kedai orang ramai berkumpul tu area situ lah tempat dia. Mungkin sign board nama lain kot tu aku tak perasan sibuk tengok telefon. Mujur tak bergaduh je.





**masa pergi sini ktorang dari Aquarium Kaikuyan tu.

**ambil train Hammochi Station ke Umeda Station (Midosuji Line Local menghala ke Senrichuo)

**berjalan 10 minit tukar platform

**ambil train Osaka Umeda station ke Katsura Station (Hankyu Kyoto Line Limited Express menghala ke Kyoto-Kawaramachi)

**berjalan dua minit tukar line.

**last sekali ambil train Katsura Station menghala ke Arashiyama Station.

Selain berjalan kaki option untuk sewa basikal ada disediakan. Aku tak nak sewa basikal sebab ada timing dia so macam rushing pulak dah baik jalan kaki jelah. Masa korang sampai station Arashiyama ni memang korang takkan nampak ramai orang. Tapi bila ko dah sampai tempat dia ramai gila tourist lepak ngeteh dekat dalam tu.


KYOTO

Kyoto agak jauh dari Osaka dalam setengah jam lebih sama macam Nara. Tempat tempat yang berdekatan korang boleh pergi ke Arashiyama Bamboo dan tiang oren (Fushimi Inari Taisha). Tiang oren aku tak dan pasai tak jumpa. Kyoto banyak temple. Itupun aku tak pergi aku lepak dekat bandar dia cuci mata pergi Big Camera (bundle electronic)



Korang macam pening je aku explain train naik sana naik sini tu. **sama lah!
Dah sampai sana baru lah korang boleh adapt macam mana nak naik train dia, dan jangan lupa cari geng yang smart even anda kurang smart. Biar kurang dari tak ada okay.

For any ticket attraction or JR Pass you can book here with KLOOK APPS! It's so easy cheesy! And if you want get the cheapest price ticket for many option book here with TRIP.COM! 

Recommended and trusted! I have used those apps so many times!


**Ada soalan boleh tanya dekat ruangan komen, Ok Bye!






Post a Comment

Latest Instagrams

© Fana Halim. Design by FCD.