Kisah setahun yang lalu

Friday, March 6, 2020 South Korea

Tanggal 4 Mac yang lalu, hari yang orang kata malang lah. Setahun dah ek. Bajangan. Alah yang ni pasal tangan aku tu lah kena api. Jap aku tunjuk gambar incase ada yang tak tahu kan(LOL)

Muka happy je kan.

Masa ni dah 4 hari baru pergi klinik. Kos semua boss aku tanggung. Kalau sendiri pergi mahal juga lah tapi tak sampai kering lah gaji aku sebulan tu. Itu pun boss aku pakai insurance dia bayar dalam 20% daripada kos perubatan ni. Masa ni seronok lah cuti, hahaha. Tapi sehari je sebab aku gigih juga nak kerja. Gila ko kalau aku cuti tak bergaji tahu. 




First day : Sejam lagi nak habis kerja.
Ahjumma(makcik korea) dia pergi on gas dapur besar tu perabih aku cucuh je api boom 💥 terus. Nasib baik lah dapur tu macam kepung dengan batu kat bawah, ko bayang kalau dapur tu jenis terbuka naya muka sekali kena.


Hari ke-2 okay lagi cuma aku tak cerdik kena air masa mandi.

Hari ke-3 dah macam luka menggelupas sikit dekat area melecur tu. Ini kira okay lah ak ada gelembung tu. Perit perit.


Hari ke-4 makin teruk. Mak boss bagi unat macam macam sapu tak baik juga. Last last pergi jelah klinik buat dressing sampai 4 kali. Hari ke-5 baru aku cuti. 








Boleh tahan kemas dan berbaloi lah dressing dia ni. Aku tak pernah melecur so korang nilai lah sendiri cara dorang dressing ni. Tobat serik dah. Ini semua ahjumma punya pasal. Lepas dressing tu dia bagi ubat dan aku balik lah sambung kerja. Klinik dekat je bukan sejam jauh. 

Aku tetap kerja sampai last dressing. Rezeki lah dapat boss yang bagus ni, dia pergi balik bawak aku ke klinik bayar bagai. Power! Aku suruh tolak gaji (ayat je ni) dia cakap tak apa. Cek juga gaji kot dia tolak ke tidak tapi tak tolak. Nice. Tapi dia memang baik serius baik tak tipu. 


Tadaaa! Alhamdulillah dah sembuh. Parut je kan tapi setahun juga ni hilang. Serabut juga tangan berbalut, buat kerja susah. Belum cerita bab gatal dekat luka tu, euwww ngilu. Tapikan aku tangan luka customer macam tak pandang jijik lagi lagi masa mula mula luka tu . Dorang macam tak ambil port pun, aku macam eh segan lah kan takut tak selera makan ke apa ke tapi tak rilek je makan nya pun. Hairan bin ajaib. Lantak lah dorang. 

Yang best masa tangan sakit tu kerja aku ringan dan banyak ngelat. Nak buat sikit boss kata tak payah biar ahjumma tu buat. Aku ni lah punya lah seronok. Hahahahaha. Yelah tangan tak boleh kena air tak boleh nak genggam. Banyak kerja aku pass dekat makcik tu je. Sepanjang aku sakit tu aku jaga mesin duit dengan ambil order. Kalau tak semua mak kena buat sakit hati ni tau. 

Haa letih.. Itu jelah nak cerita. Genap lah setahun. Adat merantau ni kena jaga diri je. Mak bapak jauh mana nak datang on the spot. Anak datuk datin boleh lah sembang. Sabor jelah. Haa letih letih...


Post a Comment

Latest Instagrams

© Fana Halim. Design by FCD.