Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19 yang dikuatkuasakan di Malaysia.

Wednesday, March 18, 2020 South Korea





Fahamilah objektif larangan yang dah dikeluarkan tu. Banyak dah media massa keluarkan kenyataan COVID-19 ni. Tak sama okay macam ciken-pop tu bossku. Bukan masanya lagi nak berjalan jalan keluar. Virus tak ikut tarikh perintah yang dikeluarkan. Anytime and  anywhere can spread it. Dengan cara ini saja dapat hentikan penularan virus ni. Duduklah di rumah dah chill tengok Netflix. Eh sekarang Astro ada bagi siaran percuma.


Look at that bossku Uniqlo are also close. On time dia kasi masa aku mengarang ni eh.

Sejak perintah dikerluarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa hari yang lalu ramai yang ambil keputusan nak balik kampung. Ya Allah,bukan itu caranya. Cara yang betul adalah duduk ditempat yang mana korang duduk bossku. Kalau ada yang bergerak ke lain tempat kemungkinan virus tu boleh jadi lebih besar macam yang berlaku di Itali. Kemungkinan orang kampung boleh kena atau sebaliknya. JANGAN PENTINGKAN DIRI !!


Nampak tak bossku, sesak macam nak balik raya. Dont spread virus at your village guys.

Kalau student yang dihantar balik boleh kita faham sebab asrama terpaksa dikosongkan dengan segera. Sebab tu TBS tu ramai sangat manusia semalam. Ya Allah, kesian okay dorang pishang terpaksa kosongkan asrama semalam.  
Italy dan China pun jadi macam tu sebab keluar dari kawasan masing masing sebelum perintah berkurung dilaksanakan. 

Panic buying yang sedang tular. Bukan di Malaysia saja tapi di seluruh dunia sedang berlaku. Yang chega panik ni aku harap dorang beli yang expired jelah. Susah kalau mentaliti bukan dikelas yang pertama ini. Orang nak beli makanan harian pun dah tak ada yang tinggal.








Post a Comment

Latest Instagrams

© Fana Halim. Design by FCD.