5/Korea/slider1

Pinterest

Osaka Amazing Pass vs JR Kansai WIDE Area Pass

Tak nak sembang panjang cuma harini nak sembang pasal Osaka Amazing-Pass dan JR Kansai WIDE Area-Pass. Ada yang pening perlu ke tak beli?? Jawapannya adalah wajib jika anda bercuti ke Osaka. Melainkan anda ada sewa kereta persendirian itu boleh dikecualikan. Jadi mana yang ada JR pass ni senang lah nak ke mana mana naik train. Okay kita sambung....




Train Kansai Airport Station yang terdapat di Terminal 2 (T2) ini adalah permulaan perjalanan train ke bandar bandar lain bagi penumpang yang sampai dari airport. 

Penumpang yang turun di Kansai airport akan menaiki shuttle bus yang disediakan dari airport untuk ke T2. Di T2 ada disediakan mesin tiket dan kaunter manual untuk membeli sebarang pass train.

Pembelian secara online yang saya syorkan ada melalui  aplikasi KLOOK. KLOOK menyediakan pelbagai option dan kemudahan dari segi aktiviti, WiFi&Simcard, hotel, penganggkutan, train ticket dan pass masuk attraction. Macam macam boleh booking dengan KLOOK ni. 

Boleh klik (DISINI)

JR Kansai WIDE Area

Japan Railway banyak pilihan pass yang disediakan di KLOOK. Jika anda bercuti ke Osaka selama 5 hari seperti saya, anda disyorkan membeli JR Kansai WIDE Area-Pass. Pass ini merangkumi besar kawasan Osaka sehingga ke Nara, Kyoto,Kobe dan Himeji. Sangat mudah berbanding beli berasingan ketika di setiap station dan lebih mahal daripada pakej yang disediakan oleh KLOOK.

Boleh baca (DISINI).




Nara Station


Untuk JR West Kansai Rail-Pass package yang ada cuma 4 hari. So pakej ni yang bercuti 4 hari amat disyorkan. Pakej ini juga termasuk Nara, Osaka, Kyoto, Kobe dan Himeji.

Boleh lihat (DISINI)

Osaka Amazing-Pass


Recommended. Sangat memudahkan dan banyak benefit. Unlimited Osaka subway,tram dan city bus. Selain itu juga ianya termasuk 40 iconic Osaka entrance boleh digunakan secara percuma dengan menggunakan pass ini sebagai contoh, Osaka Castle, Umeda Building, Osaka River Cruise, HEP Five Ferris Wheel dan banyak lagi. 


**Universal StudiO Japan tidak termasuk.
Boleh baca (DISINI)

**pass ini sah dari 5:00pagi pada hari pertama penggunaan hingga 4:59pagi 2 hari kemudian. Bukan 48 jam dari penggunaan pertama.
**Oleh itu untuk menjadi pengguna yang smart anda kena smart atur masa untuk gunakan pass ini sebaik mungkin.




No comments