5/Korea/slider1

Pinterest

Hi Bye, Mama! Life is full of unpredictable surprise..

Annyeong-haseyo :P

Tiba tiba feeling korea pulak.
Korang dah tengok belum Hi Bye, Mama Cerita dia ni macam cerita hantu tapi tak seram, hahaha.

Cerita ni baru lagi tayang dekat K-Drama network tvN selepas cerita Crash Landing On You. Rasa macam tak logik pun ada cerita ni. Yelah dah mati 5 tahun boleh pulak hidup semula untuk 49hari. Cerita ni banyak pengajaran dia, tapi yang berkaitan agama tu jangan korang terikut pula. Starting cerita ni pun banyak airmata yang keluar, standby tisu geng. 

Kim Tae Hee ni lepas dia kahwin dengan Rain dah lama tak keluar tv. Sebabkan dia berlakon ni lah aku tengok cerita ni. LOLLLLL. Skin dia fulamakk helok siot. Tang dahi tu berkilat haje. 

Pelakon laki ni aku tak kenal so aku anggap dia baru lah mungkin. Yang jadi bini kedua dia tu sebelum ni ada berlakon juga tapi tak ingat lah cerita apa, macam pasal adik beradik tiri. Apa tajuk entah lupa dah. Watak Go Bo-Gyeol ni macam pchyo sikit mula mula. Dah masuk episod 10 baru nampak true colour tu. 

Watak kanak kanak perempuan Jo Seo-Woo ni rupanya budak lelaki. Dorang ambil budak ni sebab iras iras lah muka Kim Tae Hee. Lah mati mati aku ingat budak perempuan. 

*tak reti nak bagi rate, kalau aku rate best ke tak best haaaa. Bagi aku best. Ikut taste memasing lah kan ada yang okay ada tak okay. Selamat menonton gais!!

*aku tengok dekat Netflix je ni.


Hi Bye, Mama..




Genre : Drama, fantasy.

Pelakon : Kim Tae-Hee(Cha Yu-Ri),  Lee Kyu-Hyung(Jo Gang-Hwa), Go Bo-Gyeol(Oh Min-Jung), Seo Woo-Jin(Jo Seo-Woo) dan ramai lagi.

Release date : Feb 22-April12 2020.

Episodes : 16

Sinopsis


Mengisahkan sepasang suami isteri yang baru berkahwin dan bakal menimang cahaya mata. Cha Yu-Ri terlibat dalam satu kemalangan semasa hamil 9 bulan. Dia meninggalkan anak yang baru lahir iaitu Jo Seo-Woo dengan suaminya Jo Gang-Hwa. Cha Yu-Ri menjadi hantu selama 5 tahun selepas dia meninggal. Untuk menjadi seorang manusia semula, Cha Yu-Ri perlu menjalankan reinkarnasi/kelahiran semula (penganut buddha) untuk 49 hari.

Jo Gang-Hwa bekerja sebagai chest surgeon disebuah hospital besar. Selepas kematian isterinya dirinya telah banyak berubah dan dia tidak mampu untuk melakukan apa apa pembedahan akibat trauma kematian isterinya. Dia juga telah dikenakan tindakan disiplin akibat kecuaian semasa melakukan pembedahan. Sepanjang kematian isterinya 5 tahun yang lalu Jo Gang-Hwa telah berkahwin dengan rakan sekolejnya Oh Min-Jung.

Dalam masa 5 tahun itu juga Cha Yu-Ri sentiasa berada disamping suami dan anak perempuannya sehingga dia dilahirkan semula. Jo Seo-Woo mempunyai kelebihan apabila ianya boleh melihat jasad yang telah mati berkeliaran. Disebabkan itu juga dia telah lama mengenali Cha Yu-Ri sepanjang 5 tahun tersebut. 

Link of episodes : Dramacool

No comments