Dalat 2.0.. | Dalat, Vietnam Blog 2020 |

Monday, March 16, 2020 Dalat, Lâm Đồng, Vietnam

Okay hi. Sambungan yang 3 beranak pergi bercuti tu kan. Sini.. Sini.. Lepas pergi Langbiang Hill tu kami pergi Crazy House pulak. Dekat je tempat dia dari Langbiang Hill tu, dalam 20 minit kot lebih kurang, tak jauh pun.

Eh sebelum tu jangan tanya dekat aku itinerari dengan berapa bajet pergi bercuti ni tau sebab semua dah include dalam bayaran kami tu. Harga aku bayar untuk trip ni (eh silap mak aku bayarkan :P) all in. All in gais termasuk makan, bilik, tiket flight dan travel insurance. So kami datang bawak diri jelah pergi sana.  Okay kita sambung yang tadi dekat mana eh. Ohh yang Crazy House tu eh.

Entrance fee 30 000/50 000 VND kalau tak silap. Antara tulah harga dia. Dalam ni korang pusing sampai sejam pun tak perasan. Bayaran dia tak ada limit time, ambil lah masa korang berapa lama pun nak lepak dalam ni.









Rumah ni memang pelik serius pelik. Cannot brain lah design dia. Tangga dia muat untuk sorang je lalu dalam 1 masa. Kalau nak bermalam dekat sini ada juga disediakan bilik. Sama je bilik dia macam hotel hotel biasa. Laluan dalam rumah tu aku rasa boleh sesat kot. Lagi lagi kalau emergency kan udoh pening nak cari jalan keluar bagai. Tempat ni tiap tiap hari buka dari 8.30pagi-7.00malam.



Mak gayat !!


Okay Crazy House done. Next location we go for a lunch. Lepas lunch ktorang pergi Dalat Cable Car.


Panjang dia dalam 2.3km dengan 50 cabin yang beroperasi dari pukul 7pagi sampai 5petang. Harga one-way 60 000 VND dan return 80 000VND. Kalau sampai dekat atas tu ada banyak tempat yang boleh bergambar dan ada cafe untuk santai santai bossku. Agak bergoyang lah cable car dia tu kalau berlanggar dengan pokok. Pokok tu dia dah cantas, tapi still kena juga redho jelah eh.


Seram lalu atas rumah orang ni. Boleh pulak dia buat rumah celah tiang tu.


4 orang je boleh naik 1 masa, naik jelah mana yang kosong.



Last location. Datanla Waterfall. Ingat nak ajak tengok air terjun. Hahahahaha. Dekat sini ktorang main roller coaster.
Datanla Waterfall Roller Coaster buka setiap hari dari jam 7pagi sampai 5petang. Main ni sekejap je dalam 2 minit ikut kelajuan. Kalau orang depan lambat lebih lah 2 minit. Panjang dia cuma 1km. Roller coaster ni best korang kontrol sendiri. Paduik weh. Ada tombol yang kiri kanan tu haa korang adjust handbreak atau nak speed. Aku nak speed dah tapi orang depan depan aku cam umphh k. Tapi sini gambar tak banyak sebab bateri kamera aku habis. Telefon pun sama. Aaaa pishang teman.

Harga 60 000VND return. Entrance fee 30 000VND
Gambar kalau korang nak beli harga 60 000VND lah kalau tak silap aku. Mak dah lupa sorry.



Boleh naik berdua atau sorang. Aku memang naik sorang lah baru best. Kena tang corner tu gayat macam nak terbalik. Korang jangan tunjuk muka gayat tau, sebab lepas je korang start tu dalam beberapa meter ada kamera. Muka kena kontrol sikit kang keluar dekat skrin muka gayat dah segan nak beli gambar. Hahahahaha. Macam aku muka steady so aku beli.

Gambar ni pun ambil dekat story intagram :P. Gambar ni boleh beli dekat kiosk air terjun tu.

Lepastu balik bilik, rehat solat dan mandi. Pukul 8 keluar semula.

Haaa ni baru habis hari pertama. Banyak hari lagi ni nak cerita. Malam tu ktorang pergi night market jelah. Tak ambil gambar pun sebab tour guide aku suruh hati hati kan takut kena pick pocket. So aku just jalan jalan cuci mata. Lagipun tak ada yang menarik sangat night market dia, macam pasar malam dekat tempat kita jelah jual kain baju dan makanan.

Korang kalau tak beli jangan gatai mulut nak tawar menawar tau. Tanya harga takpe. Sebab kalau korang mintak diskaun pastu tak beli nanti ada yang follow korang paksa beli. Siapa suruh engko pandai pandai nego. Kawan mak aku ada yang tersalah bagi duit, yelah tak biasa kan. Cek duit dulu baru bayar. Peniaga dia pun ada je yang ambil kesempatan dalam bab ni, pastu tiber duit habis garu kepala lah engko. 

Kalau berjalan tempat orang mesti nak beli souvenirs kan tapi aku tak minat!! Setiap gambar tu pun dah cukup sebagai souvenirs aku. Haaa begitu. Orang mintak souvenirs aku buat tak tahu je :P. Yang penting modalnya tidak pakai air liur yang tuan tuan dan puan puan. 

Next day 2 macam nanti lah sambung..



Post a Comment

Latest Instagrams

© Fana Halim. Design by FCD.