Sebenarnya kan ni dah hari ke-3. Hahaha. Aku lupa lah hari first tu ktorang turun Ho Chi Minh. LOL. Okay jap yang hari pertama tu ktorang shopping dekat Ben Thanh sebab tu turun Ho Chi Minh dulu. Lepas je shopping terus gerak ke Dalat dalam 7 jam juga atas jalan. Barai bai masing masing. Ada yang tidur terus masa sampai bilik. Sejuk weh malam tu dalam 10 darjah celcius kot. Haa tu jelah pembetulan dia.
So hari ke-3 tu ktorang pergi tengok bunga dulu. Nama tempat ni tak ingat ahh weh. Aku ingat dia bawak dekat ladang bunga tu kan. But its okay, kita chill je dulu.
Dalat Railway Station.
Entrance fee per person 5000 VND. Location yang ni orang tahu kot. Stesen Keretapi Da Lat adalah sebuah stesen keretapi di Da Lat-Thap Cham Railway di Vietnam, berkhidmat di bandar Da Lat di Lâm Đồng Province. Ia direka pada tahun 1932 oleh arkitek Perancis Moncet dan Reveron, dan dibuka pada tahun 1938. Lama gila dah kereta api ni dan sekarang beroperasi untuk pelancong luar menikmati pemandangan Dalat. Harga train ticket dari Da-Lat ke Trai Mat dalam 170 000VND sehala dan 150 000 pergi dan balik. So rasanya baik ambil pergi balik lah kan lagi murah.
![]() |
Boleh pilih souvenir dekat sini. |
![]() |
Dalam kereta api ni ada sediakan cafe boleh lah bergambar ke nak lepak minum ke macam old school gitu. |
Gambar aku juga yang tak banyak dekat kereta api ni sebab ambilkan gambar orang. Huhuhu.
Lepastu petang tu pergi shopping lagi. Siapa yang tak shopping boleh lepak dekat tasik. So lepastu dah takde aktiviti dah. Makan malam, rehat dan kemas beg sebab esok awal pagi gerak pergi airport dah. Dekat je airport dalam 1jam so dalam jam 9 pagi lepas sarapan tu terus chow. Pastu sebab nak balik Malaysia kan dia bawak lah kita makan nasi lemak dekat kedai Kampung Pandan. Makan nasi lemak lah kita eh.
Alang alang masuk lah gambar breakfast hari kedua dan ketiga dekat Da Lat. Kopi dia jangan cerita lah sumpah sedap! Serius tak tipu. Breakfast dia tak pernah tak sedap pastu healthy pulak. Tak hairan lah kalau tengok orang Vietnam sini cantik cantik dan rajin bekerja.
So gerak pergi airport dan check in bagai dan balik Kuala Lumpur. Cuti cuti dah habis gaissss.
![]() |
Jumpa lagi trip yang akan datang. |
No comments