BUBUR AYAM TAK KALUT | Resepi Bubur Ayam Simple |

Thursday, March 12, 2020 South Korea

Tiba-tiba teringat satu resepi ni haritu nampak dekat FB. Kita pun godek godek dapur bahan pun complete kasi lenjan terus dapur.
Pernah buat tapi bukan stail macam ni. Simple je resepi ni, suruh budak sekolah buat pun boleh ni daripada main tik tok tak ke hale tu.
Okay, buat muka joker dulu..

RESEPI BUBUR AYAM TAK KALUT



BAHAN-BAHAN:

Bawang holland.
Bawang putih.
Isi ayam.
Nasi putih.
Garam.
Kiub ayam.
Minyak masak.
Sos tiram.

CARA-CARA:

  1.  Tumis bawang putih dan bawang holland. (Tumis sampai naik bau)
  2.  Masukkan ayam yang dicincang. Tunggu sampai ayam tu masak pastu kita ke next step.
  3. Masukkan sos tiram(agak agak) dan kiub ayam. Garam ikut hang lah nak letak sekarang ke kendian ke takde masalah. Ikut tekak masing masing.
  4. Blender nasi dengan air dulu lepas tu curah dalam kuali tadi. Paras air lebihkan sikit lah kalau dak likat bubur hang. Aku suka cair sikit so ikut suka hang lah.
  5. Lepas tu baru perasakan dengan garam(agak agak) 
  6. Pastu aku rasa macam kosong je bubur ni, aku letak carrot pakai amende tu lupa ahh. Haaaa sagat, aku sagat carrot tu takde lah tebal kan. 

Tu jelah, baru meriah sikit bubur aku. Kan dah kata bubur ayam tak kalut. Kalut kalut nak ke mana?aderrr..

Post a Comment

Latest Instagrams

© Fana Halim. Design by FCD.