Bila pergi Penang dengan bukan orang Penang | Penang Blog 2020 |

Saturday, March 21, 2020 Penang, Malaysia


Terdetik hati nak ke Penang bercuti dengan kawan-kawan. Idea nak pergi Penang ni sebab aku tengok FB banyak sangat share pasal makanan dekat Penang kan. Tengok gambar je terliur dia sampai tak menahan nak balik Malaysia hahaha. Aku pergi dengan kawan aku masa study dulu Intan, Ana dan Sam.

Tempat bermalam

Trip ni 3 hari 2 malam. Cukup lah kot. Ktorang bermalam dekat sini ha Travelodge Georgetown Penang. Bilik dia selesa, besar dan sama macam dalam gambar. 

Perkara pertama aku sebelum booking aku akan check review. Check juga gambar- gambar yang disediakan. Ingat senang ke nak pilih bilik ? Bercinta tahu! Pengalaman mengajar aku jangan menilai gambar semata mata. Ingatkan manusia saja, gambar pun boleh kena scam juga.


Sumber booking.com


sumber booking.com

Aku dah kata bilik dia selesa kan. Breakfast include tapi breakfast dia tak paduik lah. Facilities tip top. Hotel ni pun dekat dengan attraction place, kira tempat strategik juga. So sepanjang ktorang dekat Penang ktorang rasa memang tak cukup masa 3 hari 2 malam tu cam tak sempat ahh nak cover 1 Penang ni. So pergi mana yang sempat je. Tempat makan pun tak banyak menarik sebab mamak. Sorry mak tak makan makanan di kedai mamak. Antara tempat tempat yang ktorang sempat cover acah acah tourist tu....

Penang hill/Bukit bendera

Of course lah Bukit Bendera dulu. Itu kira tempat wajib kalau datang sini. Ktorang sampai lambat dalam tengah hari pastu cam ramai gila pastu have to lah beli fast lane ticket sebab malas nak tunggu lama. 

*Fast lane ticket rm40 sorang. 
*Normal adult ticket RM12. 
*Children ticket RM6/fast lane RM20. 
*Senior Citizen (warga emas) RM6.











Pemandangan Pulau Pinang dari puncak Bukit Bendera. Tengok depan depan lagi puas.



Penang hill restaurant & food

Orang kata kalau naik atas ni jangan tak cuba makan dessert dia. Dessert dia murah dan banyak pilihan. Rambang mata nak pilih yang mana rasa nak makan semua je.



Chew Jetty (Georgetown)

Sini pun famous juga ni orang datang. Ingat senang ya nak cari rupanya tersorok sikit tepi jalan kena jalan kaki lalu depan rumah orang. Tapi disebabkan nak bergambar kita gagahkan jua meredah ya. Sini free of charge. Keselamatan tanggungjawab sendiri. Bebudak kecil jangan bawak jalan sini, terjun dalam air sesaje je kang. 



sumber Google image.

Jetty ni tak boleh kalah kan blue boat house dekat Perth. Yang tu lagi lawo terok!

Penang Avatar Secret Garden

Jangan pergi siang hari eh. Kalau bawa kenderaan bayar parking RM5 tak silap lah. Cukup lah sekali pergi. Ingatkan banyak lah pokok yang berlampu rupanya satu tu jelah, hahahaha. Itulah kuasa viral yang tak disangka sangka. Hashtag netizen tak puas hati. Hashtag bayar parking semata.






Padang Kota Lama

Dekat sini ktorang datang makan je,hahaha. Dah kata tujuan datang Penang nak makan, memang makan jelah. Tapi aku kalau makan jarang nak ambil gambar makanan. Tak koserr. Ktorang makan nasi ayam dengan ayaq oyen. Ayaq oyen pakai kordial ja harga tak serupa dengan rupa cup plastic mahai saja. Done mengecam kedai hat mana tak ingat dah.

Litttle India 

Melayan si Ana yang nak makan samosa yang tersedap di alam semesta katanya. Nama pun Little India kan semua kedai India saja sini. 




Nak cari chendul tapi kedai chendul tuitup lah pulak, gigih berjalan semata ingat tak jauh hahaha. Call grab semata hantar dekat parking je, geleng jelah uncle.
Banyak lagi ni tempat tempat dekat Penang yang tak sempat cover ni. Lain kali lah pulak. 

xoxo~





Post a Comment

Latest Instagrams

© Fana Halim. Design by FCD.