5/Korea/slider1

Pinterest

Bahaya RSV yang ramai tak tahu.

 Bismillah. Assalamualaikum w.b.t..

Jawab tak jawab tu? Harini topik berat sikit ahh. Ni pun aku baca baca dekat google je. Semalam tengah tengok ig story terbaca lah story kawan aku ni, anak dia kena RSV. Aku buat lah rivision. Aku pun tak tahu weh RSV tu apa. Aku pun mungkin macam korang yang sibuk nak tahu "RSV tu apa?" "Amende tu?" "eh tak tahu pun.". Tapi aku diberikan kecerdikan akal sikittt sikit je untuk aku GOOGLE!! Kamon gais canggih dah.

Respiratory syncytial virus (RSV) is a common, and very contagious, virus that infects the respiratory tract of most children before their second birthday. Done c&p (study dulu biasa dah buat ni)
Hor tu maksud dia reti base dok sek mung? Hor payoh lah.

Aku melayukan eh, RSV  ni adalah virus sinsitium pernafasan yang menyerang saluran pernafasan dan merebak ke paru paru kanak kanak yang pramatang dan dibawah 2 tahun. Kalau anak tu pramatang complicated sikit lah. Virus ni biasa je, tapi senang jangkit. Tapi biasa biasa dia ni boleh jadi bahaya. Dalam tak sedar dekat hospital pun boleh berjangkit. Dah ada dah kes serius ni dekat Malaysia dan mungkin tak ambil berat. Ada budak baru 2 bulan (bayi pramatang 29 minggu) kena. Kos nak beli ubat tu mahal gila b***. Nama ubat dia Palivizumab(Synagis). Kos dia RM18,250 ubat ni setiap bulan kena bagi selama 5 bulan berturut turut. Kalau anak anda tidak serius seperti di atas mungkin dia akan bergantung dengan pernafasan oksigen sampai pulih. 

Simptom-simptom :
  1. Kurang aktif.
  2. Sukar bernafas.
  3. Batuk (nafas berbunyi@mungkin lelah)
  4. Tak ada selera makan.
  5. Hidung berair.  
Bayi yang memerlukan rawatan segera :
  1. Kurang minum susu.
  2. Dehidrasi (tak kencing lebih 6 jam/tiada air mata bila menangis)
  3. Kerap menangis.
  4. Kulit atau bibir berwarna kebiruan.(dapatkan rawatan segera)
  5. Sukar bernafas.
Cara mencegah :
  1. Say no to visitor. Tangan tak basuh dok pegang pegang anak orang, ni jenis ni memang ramai. Sibuk pulak nak cium cium.
  2. Sanitizer tangan sebelum pegang, kalau geng membawang sanitizer satu badan dia.
  3. Selesema dan batuk NO NO NO! Aku paling anti orang batuk dan selesema ni tak tutup mulut. Pastu bersin yang pakej air hujan tu eee ya tuhan, rasa nak mintak izin lempang. Pakai mask okay.
  4. Yang merokok tu pun jauhkan.
  5. Elak tempat ramai orang.
  6. Bersihkan permukaan yang kerap dipegang. 

Disclaimer:Aku terang ayat yang orang senang nak faham, kalau hang nak kondem IDGAF.

Semoga sesiapa saja yang anak dia kena RSV ni tabah dan ikhtiar selagi boleh. Siapa yang baca ni doakan Nanot dan anak dia kuat, semoga Allah pulihkan anak dia seperti sediakala. Amin...

Lari topik sikit. Aku ada terbaca cara nak qada' solat. Korang mesti pernah termiss solat kan, cehh cehh cover line. Abang Razi, macam ni.. kalau kita tak ingat berapa kali kita tinggal solat kita solat je macam biasa lepastu kita solat semula untuk qada'. Faham tak faham?? Solat Subuh, lepastu qada' Subuh. Buat sampai letih, terlebih dapat pahala tapi rasanya takkan lebih (drowling eyes). Tu jelah. Siapa comment entry aku sebelum ni? Sila munculkan diri.








No comments