5/Korea/slider1

Pinterest

Seoul dan Corona

Bahaya ni bahaya.


Penularan corona virus 🦠ni masuk South Korea sampai menyebabkan negara ni berada pada tangga kedua akibat kadar peningkatan pesakit setiap hari. Puas tau aku nak bina ayat ni. Dulu masa sekolah suka lah buat karangan. Bla bla bla..

Paling teruk terjejas sektor perlancongan lah kan. Orang tak ramai bercuti. Kedai banyak tutup. Banyak lah effect corona virus ni. Serius ahh. Itu kalau dekat Myeongdong tu macam sardin. Myeongdong pun orang dah takut nak pergi sangat. Bukan takut apa takut habis duit. Hahahahaha. 

Dekat airport tu haa kalau flight engko awal pagi tengah malam mesti ada lepak airport dah. Masa tu engko nak duduk lepak pun susah tengok sorang baring 3 kerusi!!! Penangan virus punya pasal baring kejap je nak pindah kerusi lain haaa begitu.



Myeong-Dong siang dan malam
Sumber gambar:Facebook

Nak beli mask pun habis. Itu kalau dekat Daiso tu tinggal yang kanak kanak punya. Terdesak punya pasal rembat jelah asal ada. Teruk weh. Ada jual mask tapi harga macam bodoh. Tulah mask pun negara China buat. Mana ada Zimbabwe ke Papua New Guinea ke buat. Pikir logik lah sikit. 

Aku haritu ada dapat info dekat bandar besar(15 minit dari rumah) suspect corona naik bus. Dia ingat kucing ke nak bawak jalan jalan. Dah lah naik bus. Naya lah siapa naik bus sama dia tu. Korea ni dia akan update sentiasa dekat semua pengguna telefon. Itu kalau kau beli telefon di Korea je. Okay lah kan at least tahu dari palataw. 

Lifeless lah aku buat masa ini. Duduk rumah jelah musim Corona ni. Ada hikmahnya tu. Dapat lah korang spend time dengan family pastu aktiviti membawang rumah ke rumah tu tergendala lah. Tengah membawang kena corona tak ke naya. Sanitizer tu beli lah banyak ke boleh buat mandi sekali.
K ahh bye 

No comments