Dah masuk bulan 3 ni tak tahu ingat lagi ke idok flow trip haritu. Ini first trip 3 beranak pergi bercuti ke luar negara. 3 beranak ehh. Haritu 3 beranak ni pergi Dalat,Vietnam dengan meninggalkan anak kesayangan bongsu dorang yang ada kelas. Kesian kesian,huhu.
Alah tak ingat lah macam mana boleh ter-join trip ni. Tapi aku memang tak tahu langsung pasal Dalat ni. Pastu tiber cam ada masa rajin dia usha lah kejap tempat tempat best dekat Dalat ni. Pastu cam ohh not bad. Tempat dia lebih kurang macam Cameron Highland lah. Pastu ada bunga matahari yang besar tu. Aku ushar ahh tiket bajang.. murah siot.
Masa tu pulak Air Asia baru buat promo ke Dalat, harga tak silap aku lebih kurang 100++ sehala. Murah ahh kan. Aku ushar bagai ni pun sebab mak aku ajak join trip dengan officemate dia, kalau tak sampai ke sudah aku tak tahu Dalat ni wujud. Vietnam macam aku tak teringin nak pergi sangat. Maybe because of weather and environment, ohh begitu. Kalau 3 beranak je pergi goyang aku beb. Dengan masalah bahasa bagai, seram seram.
Masa mak aku bagitahu ni aku tak approve lagi. Cam pikir jap, sebab bulan 1 kan. Aku balik Malaysia haritu awal bulan 10 pastu target nak balik Korea bulan 12 ahh. Pastu mak aku cakap trip bulan 1 aku cam alamak nak extand lagi ke cuti eh. Nasib baik aku tak beli tiket return siap siap haritu, kalau tak boleh jawab dah beli tiket ke. Pastu aku pikir lama nak pergi ke tak, nak pergi ke tak. Aku cakap dalam hati "nanti kalau dah balik Korea aku dah takde masa nak pergi bercuti". Aku saja saja lah tanya mak aku "ada lagi ke kosong?". Cik Ani dengan confident jawab "siapa cepat dia dapat, sebab dorang book je bayor belum pun kalau awok nok mok ejas ke". Jarang tak paduik Cik Ani ni. Aku tak kisah sangat kalau aku tak pergi sebab bapakku ada temankan.
Pastu tak cukup dengan pertanyaan dia hantar pulak itinerari dekat haku. Aku cam "eh mak aku ni, dia nak aku pergi ke hape? Siap share itinerari bagai ni gaya macam suruh ikut ni". Aku approved jelah "boleh lah nana ikut lah, tapi mok bayor dulu :P". So jadilah 3 beranak pergi bercuti. Adik aku taknak ikut konon tak nak skip kelas. Eeee sembang. Tak nak skip kelas ke tak nak skip awek entah.
Halahh halahhh takde geng ahh.
Ehh ingat Alif Satar. Tour guide vietnam yang fasih gila cakap melayu. (married)
Aku ni pun first time pergi travel under tour guide. Kelebihan tu rasa sangat mudah dan takyah pening kepala mana nak pergi mana nak makan bagai. Dah ko puas jalan sana sini pastu ada orang cakap "okay lepas ni kita pergi makan". Fuhh senang tak serabut nak fikir makan dekat mana. Takde dah soalan "eh kita nak makan kat mana eh? Cuba googel jap mana kedai makanan halal dekat sini".
Itu kalau ada yang tukang arah cek sana sini tu mau tak jadi makan kan, udoh bergaduh apa tak hal. Lagi lagi kita yang Muslim kan, bab makanan memang kena berhati-hati. Itu kelebihan kalau kau pergi dengan tour guide.
Kalau keburukan dia, ehh keburukan ke ? Macam kejam je kata keburukan. Kekurangan lah eh, kang kata aku kejam sangat pakai ayat keburukan tu. Kekurangan dia ialah masa mencemburui kita, ada timing nak pergi satu tempat ke satu tempat. "Nanti lepas sarapan kita pergi shopping 2 jam saja ehh". 2 jam ? Makcik makcik tu boleh ke shopping 2 jam je ? Rasa cam ehh rushing ahh. Kalau bab makan kau tak boleh memilih, makan jelah apa yang disediakan. Ingat!! Dah bayau takkan tak nak makan kan ? Rugi lah duit korang.
Ohh kemain bapak aku.
YDP trip Aunty Sheryl
Partner duduk dalam bus. Apa eh nama? Lupa!!
Ini hari pertama ktorang pergi Langbiang Hill, Crazy House, Datanla Waterfall dan naik cable car.
Hari pertama dan full aktiviti. Rupanya semua tempat tempat ktorang pergi ni dekat dekat je. Sebab aku jenis ingat jalan pastu tiba tiba kang "eh tadi lalu sini" "ehh lah sebelah je?". Haaa dah banyak ehh sampai makcik sebelah aku pun dia ehh ehh sekali. "ehh haah lah dekat je ek."
Langbiang Hill
Macam dekat Pakistan all the way naik. Amaze gila.
Banyak jeep yang parking dekat sini,ingatkan tak ramai. Setiap jeep ni ada no, macam ktorang jeep no.21. Bila dah sampai je dekat atas tu sebelum ktorang turun kereta.driver akan remind lah no jeep tu. Dia bagi bagi masa setengah jam je.
Naik jeep ni boleh max 6 orang. Setengah jam je ktorang dekat atas tu, bergambar saja. On the way tu jalan cantik gila!! Rasa macam bukan dekat Vietnam. Serius tak tipu. Suhu dekat atas ni macam sejuk gedik gedik sikit, tapi ada matahari. Adalah dalam 5-10 minit kot naik atas.
Konon nak naik 1 jeep so bergambar lah dulu. Tiber berpecah :P. Kesian orang belakang blurr dalam gambar.
Dia suruh kita ambik gambar dia angkat tangan macam tu. Aku tak ajar weh, mana pulak bapak aku ikut style ni eh.
Halah halah 3 beranak ni bercuti.
Haa macam penat je nak menaip lagi ni. Lunch dulu ahh geng.
Nanti sambung...
No comments