5/Korea/slider1

Pinterest

Jendela Hidupan Malam di Night Safari Taiping



Jumaat 29/3/13 :8 malam
Night Safari Zoo Taiping!! 

Lagi sekali Kelab Pengakap ada mengadakan aktiviti melawat Zoo Taiping. Zoo Taiping dengan PSAS tak jauh mana pun dalam 2 jam lebih kalau tak silap. Kami bergerak dalam jam 4 petang dari poli.

Sampai di Zoo Taiping dalam jam 6. Masa ni kami pergi dengan bus yang poli sediakan. Aktiviti Night Safari Zoo Taiping ni adalah salah satu aktiviti yang dinyatakan dalam kertas kerja tahunan. Asyik berkhemah saja pun bosan juga.

Ahli yang join masa ni tak lebih 20 orang. Sebab ada yang sibuk dengan kelas dan assignment. Jadi kami yang tak banyak assignment ni memang banyak masa.
Pemandangan pintu hadapan Zoo Taiping pada masa dulu

Pemandangan bahagian hadapan pintu gerbang Zoo Taiping sekarang. Dah banyak perubahan.

Ana :P

Bergambar sebelum masuk zoo.

Ini senarai harga tiket. Tapi masa ni kami dapat dalam RM8 sekepala. Sebab ada kawan yang kerja dekat sini so, dia bagi murah sikit lah. Lagipun kami ramai sangat. Hahaha.

Baca amaran tu:- kamera berflash tak dibenarkan. Tapi dekat dalam ada saja yang gunakan flash kamera.

So tiket kita dah ada, jom kita masuk ke dalam. Jangan tunggu lama sangat sebab nanti lambat lah korang dapat naik tram dekat dalam tu.





Atas darat tu Walabi , comel macam kanggaroo tapi ni kecil.
Dalam air tu kenal tak ?? Itu Cik Angsa okay , kenal tak kenal ni? Hahaha.

Burung hantu (Owl)

Berjalan dalam ni lebih kurang 2 jam .. Naik train sejauh 5 km perjalanan .. Bobo dan Asnawi (pemandu pelancong) sebab depa oghang tepeng ..
11 malam chaww .. Makang-makang di Taiping .. 12.30 malam pulang ke Tanjung Malim .. Gambar tunggu cameraman masukkan eh(lambat nawwww , grr) ..

Antara kenangan yang paling best. Bukan selalu dapat berjalan ramai-ramai macam ni. Nak nak kalau pergi zoo malam-malam. Seronok betul dapat luangkan masa bersama dorang ni. Lepas ni kalau dah habis belajar belum tentu ada lagi ke tak masa nak join aktiviti macacm ni kan. Pengakap sentiasa di hatiku. Cewahh.

Bye uolss:) ..