5/Korea/slider1

Pinterest

Final exam

Assalamualaikum w.b.t....

2 weeks final examination here !!
Arghhh berusaha memerah otak untuk final ..
Diharapkan dapat buat yang terbaiklah semua hendakNya ..

Tadi baru selesai 1 paper ..
Ventilation and Air Conditioning 3 ..
Baru lega 1 paper settle, tapi 4 lagi masih menunggu mak kau !!

Semester ni gua ada 5 paper wa cakap sama lu ..
Kurang sikit lah dari semester lepas ada 6 ..
Tapi ini last sem kan so 5 jelaa ..
Ala kurang satu jer pun , tu pun nak kecoh . Wkwkwkwk ..

Minggu ni 2 paper .
Minggu depan 3 ..
Minggu ni relaks sikit lah gap 1 hari dari harini ..
Minggu depan amekaw !! Ada 2 paper dalam sehari ..
Lepastu esoknya pula 1 lagi paper ..
Arghh !! Seteghessssssss !!
Paper killer pula tu 1 hari ..

Perghhhh rasa nak balik tanam anggur saja ni ..
NO NO NO FARHANA !
Itu adalah salah satu pintu neraka yang terdapat dalam diri seorang manusia ..
KATAKAN TIDAK KEPADA PUTUS ASA !!

Tapi diharapkan dapat buat yang terbaik lah untuk last semester ni ..
Chaiyokk !!

Doakan gua berjaya ya kawan-kawan !!

Kenangan bersama selamanya (^_^) ..

Gambar kenang-kenangan d Night Safari =')


Pintu masuk Zoo Taiping (^_^) ..
>


Replika binatang d pintu masuk kaunter Night Safari ..


Orang Utan kesayangan Ana .. Harharhar :P


Yeayyy !! Tiket dah dapat !!


Kami nak masuk dah ni .. Let's go !





Buaya tembaga .. Besar mak kauu ! Takut !


Beratur semua ! Nak naik tren ni .. Yeayy !



Pusing-pusing naik tren ..


Dah habis dah .. Nak naik lagi ! 5km perjalanan ..


Kak Liea dan Abang Mie yang sporting !! Selalu ada join aktiviti pengakap. Antara orang kuat pengakap juga, banyak tolong dalam buat kertas kerja, hehehehe.. We love uolsss ..


Cheers ! Senyuman keseronokan bila bersama Pengakap :). Entah bila dapat berkumpul lagi macam ni. Lepas ni adayang pergi praklitak adayang sibuk dengan final projek, huhuhu..



Fiona dan Raj ..




Beruang ni apa nama tah .. Risau jer melompat .. Mujur lah longkang tu besaq kan ..





Nak balik dah ni ..


Sempat curi masa dating sekali. Sambil join sambil dating, ahh gitiuuu :P






Cantik Bobo possing kau. Dia ni kalau tak ada dalam pengakap tak meriah penakap ni rasanya :)



Habis style lah tu Nawi ni. Dia ni antara pengerusi pengakap masa ni.



Makan-makan~ Seronok sangat kalau selalu ada aktiviti macam ni. Dapat eratkan silaturrahim dengan kawan-kawan.


Makan lah puas puas ya semua. Lepastu kita balik poly. Haaa letih letih. Esok ada kelas pulak. So balik ni rehat lah . Jumpa lagi kemudian hari guys.




Jendela Hidupan Malam di Night Safari Taiping



Jumaat 29/3/13 :8 malam
Night Safari Zoo Taiping!! 

Lagi sekali Kelab Pengakap ada mengadakan aktiviti melawat Zoo Taiping. Zoo Taiping dengan PSAS tak jauh mana pun dalam 2 jam lebih kalau tak silap. Kami bergerak dalam jam 4 petang dari poli.

Sampai di Zoo Taiping dalam jam 6. Masa ni kami pergi dengan bus yang poli sediakan. Aktiviti Night Safari Zoo Taiping ni adalah salah satu aktiviti yang dinyatakan dalam kertas kerja tahunan. Asyik berkhemah saja pun bosan juga.

Ahli yang join masa ni tak lebih 20 orang. Sebab ada yang sibuk dengan kelas dan assignment. Jadi kami yang tak banyak assignment ni memang banyak masa.
Pemandangan pintu hadapan Zoo Taiping pada masa dulu

Pemandangan bahagian hadapan pintu gerbang Zoo Taiping sekarang. Dah banyak perubahan.

Ana :P

Bergambar sebelum masuk zoo.

Ini senarai harga tiket. Tapi masa ni kami dapat dalam RM8 sekepala. Sebab ada kawan yang kerja dekat sini so, dia bagi murah sikit lah. Lagipun kami ramai sangat. Hahaha.

Baca amaran tu:- kamera berflash tak dibenarkan. Tapi dekat dalam ada saja yang gunakan flash kamera.

So tiket kita dah ada, jom kita masuk ke dalam. Jangan tunggu lama sangat sebab nanti lambat lah korang dapat naik tram dekat dalam tu.





Atas darat tu Walabi , comel macam kanggaroo tapi ni kecil.
Dalam air tu kenal tak ?? Itu Cik Angsa okay , kenal tak kenal ni? Hahaha.

Burung hantu (Owl)

Berjalan dalam ni lebih kurang 2 jam .. Naik train sejauh 5 km perjalanan .. Bobo dan Asnawi (pemandu pelancong) sebab depa oghang tepeng ..
11 malam chaww .. Makang-makang di Taiping .. 12.30 malam pulang ke Tanjung Malim .. Gambar tunggu cameraman masukkan eh(lambat nawwww , grr) ..

Antara kenangan yang paling best. Bukan selalu dapat berjalan ramai-ramai macam ni. Nak nak kalau pergi zoo malam-malam. Seronok betul dapat luangkan masa bersama dorang ni. Lepas ni kalau dah habis belajar belum tentu ada lagi ke tak masa nak join aktiviti macacm ni kan. Pengakap sentiasa di hatiku. Cewahh.

Bye uolss:) ..



Kem tahunan di Pulau Pangkor: PSAS

Camping bersama Pengakap di Pangkor Rimba Camp Resort 
29/11/2012 sehingga 2/12/2012


Masa ni berlangsungnya perkhemahan tahunan. Setiap setahun sekali mesti akan buat aktiviti perkhemahan macam ni. Seronok dan hilang sikit tekanan. 

Perkhemahan macam ni selalunya selepas masing-masing dah habis menjawab peperiksaan akhir semester. Yang terlibat bukan saja ahli kelab Pengakap, yang bukan ahli pun boleh juga sertai sama.

Program ni kami yang anjurkan sendiri. Tak ada lecturer pun yang join masa ni, semua sendiri. Seronoknya berkhemah tepi pantai. 

Mula mula sampai Pangkor :)


Sorry gambar kabur sikit. 
Kami dah sampai sini !! Yeayyy!!


Kayaking time! 45minit pusing 'pulau' di belakang kami tu. Seronok gila lah masa ni. Dapat berkayak sampai puas. 


 Awal pagi nak main Banana boat !!

Masa ni hari ke-2. Dapat buat aktiviti banana boat. Awal-awal pagi dah naik banana boat. Selalu orang main waktu petang. Dekat tapak perkhemahan ni tak akan bosan. Macam-macam ada. Jadinya setiap hari ada saja lah aktiviti yang dibuat samapi ke petang.




Snorkeling time !!



Balik daripada Snorkeling :)


Tanam orang . Harharhar :P . Mijoy oi mijoy .

Apa ni ????? Ini orang tengah main bola , wkwkwk .


 Malam last, bbq !! K.miza sedang sibuk buat slide show :)

Baru selesai shopping d Pangkor :)



Camping sangat seronok . Cehh konon kateko ! :P

Balik Pangkor pergi nengok wayang, tak kira penat deme nihh.. Tengok betapa panjangnya tiket wayang kami :P

 Kami <3 Umarrr aummmarrrr ! :P
Umar telah menjadi hot gituu semasa d camping,harharhar :)

Our memories at Pangkor Island :))
The best ever camping,hoyeahhh :P
Rugi kepada yang tidak join sama..

Once Scout, Always Scout..
Sekali berpengakap, selamanya Pengakap..

Sekian saja, Bubye :*....